Biodata

1. Nama penuhnya, Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah. Dikenali sebagai Atiq Azman.

2. Berusia 19 tahun.

3. Kelahiran Bachok, Kelantan.

4. Anak sulung daripada empat adik-beradik.

5. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

6. Mula bergelar pelakon dengan memikul peranan kecil sejak usia 16 tahun. Beliau asalnya merupakan peniaga sotong goreng tepung di kawasan perumahannya yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur.

7. Popular selepas membintangi drama rantaian, Nur di samping nama-nama besar seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Riena Diana, Noorkhiriah, Azhan Rani dan Fatimah Abu Bakar. Membawakan watak sebagai Amirul.

8. Selain Nur 2, beberapa drama dan telemovie dibintanginya seperti Isteri Ku Cikgu Ku (siaran TV3 yang turut menampilkan aktor Syafiq Kyle), Petua Nenek (TV9), Sumpah Ibu (TV9), Air Mata Di Bumi (TV2), Nur (TV3) dan Maryam Eliana (TV1).

9. Bekas penuntut Maahad Tahfiz Nurul Huda, Kuala Lumpur, Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Terengganu dan Maahad Tahfiz Mustaqim. Menyambung pengajian di Sekolah Menengah Perimbun Cheras selepas tingkatan tiga.

10. Berkebolehan mengalunkan ayat al-Quran dengan suara yang merdu.

11. Sering berkongsi video nyanyian lagu-lagu cover 'trending', antaranya Di Matamu yang dipopularkan Sufian Suhaimi dan Pesan (Irfan Haris).

12. Sebelum dikenali sebagai aktor, beliau gemar menghasilkan video Vine yang memaparkan rakaman lakonannya dalam pelbagai episod. Tidak ketinggalan, turut aktif dalam video Musically.

13. Karier lakonannya mendapat sokongan padu daripada keluarga.

14. Bercita-cita mendalami ilmu lakonan menerusi pengajian di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) pada waktu yang bakal ditentukan kelak.

    

Baca: 10 Fakta Pelakon Atiq Azman Yang Ramai Tak Tahu!

    

Foto

biodata atiq azman pelakon drama nur 2 2

biodata atiq azman pelakon drama nur 2 3

biodata atiq azman pelakon drama nur 2 4

biodata atiq azman pelakon drama nur 2 5

biodata atiq azman pelakon drama nur 2 6

biodata atiq azman pelakon drama nur 2 7

Kredit foto: Instagram Atiq Azman

Video

Kredit video: Youtube Majalah Remaja

Sumber:

1. Remaja

2. Mstar

3. Media Hiburan

4. Utusan




Hakcipta iluminasi.com (2017)