biodata adi putra

Kredit foto: Instagram Adi Putra

    

Adi Putra merupakan antara pelakon drama adaptasi novel 'Bicara Cinta' karya Missa J yang bakal menghiasi slot Akasia di saluran TV3.

Siri garapan sutradara Along Kamaludin itu turut dijayakan Emma Maembong, Azrel Ismail, Eizlan Yusof, Khalida Balqis, Balkisyh Semundur Khan, Fadilah Mansor dan ramai lagi.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera bin Halim. Menggunakan nama komersial, Adi Putra.
  • Kelahiran Singapura pada 26 Februari 1981. Kini berumur 39 tahun.
  • Memegang status sebagai warganegara Malaysia.
  • Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.
  • Anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik.
  • Seorang pelakon, penyanyi dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2002.
  • Antara drama dibintanginya seperti Cinta Bollywood 2, Spa Q, Akukah Tanggang, Tentang Dhia, Sehangat Asmara, Cinta Si Wedding Planner dan Bahagia Bukan Bidaan.
  • Termasuk telefilem Juminten, Kehangatan Lantana, Air Mata Salina , Jauh, Serindu Taj Mahal, 3 Hari Menanti Mati dan banyak lagi.
  • Pembabitannya di layar perak, antaranya menerusi filem 1957: Hati Malaya, Anak Halal, Akhirat, Histeria, KL Gangster, Aku Terima Nikahnya dan Mat Kilau.
  • Juga terlibat dalam bidang teater menerusi pementasan Rubiah, Sri Mersing, Akulah dan Di Bawah Lindungan Ka'bah.
  • Turut melebarkan sayap dalam cabang seni muzik menerusi penghasilan album studio solo perdananya yang berjudul Kelahiran terbitan tahun 2008. Antara single dipopularkannya termasuk Tentang Dhia, Tiada Kasih Tiada Cinta dan Dia Untukku.
  • Penyandang gelaran Artis Lelaki Anggun Bergaya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–25 pada 2011, Anugerah Harapan Seri Temasek di Anugerah Seri Temasek (2012), Anugerah Artis Sensasi di Anugerah Melodi ke–3 (2013) dan Selebriti Lelaki Paling Seksi di Anugerah Stail EH! (2014).
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @adpadiputra sehingga kini mencatatkan lebih 1.3 juta pengikut.

     

Fakta Menarik

  • Berketinggian 1.72 meter.
  • Juga dikenali sebagai Hadi Putera dan Ady Putra.
  • Bekas penuntut Institut Pendidikan Teknikal Singapura dalam bidang Kejuruteraan.
  • Sebelum bergelar selebriti, beliau pernah menyara kehidupan sebagai seorang penghantar Pizza Hut, kakitangan kedai serbaneka 7-Eleven dan juruteknik penghawa dingin.
  • Selesai menjalani khidmat negara, pekerjaan sepenuh masanya yang pertama ialah sebagai juruteknik pencahayaan untuk sebuah produksi siri televisyen Cina MediaCorp.
  • Mula terjun dalam bidang seni di Singapura sebagai model, pelakon dan pengacara di MediaCorp Suria.
  • Berpindah ke Malaysia pada 2004 untuk melebarkan kerjaya seninya sebelum diterima baik peminat seni hiburan tempatan.
  • Mengumumkan dirinya termasuk isteri dan anak-anak telah menerima status warganegara Malaysia, menerusi laman Instagram pada April 2018.
  • Pada 24 Oktober 2017, beliau menerima anugerah Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa kepada gelaran Datuk.

    

Perkahwinan

Mendirikan rumah tangga dengan Zuhaida Yusof pada 14 April 2006 sebelum dihadirkan dengan Zara Adelia sebagai cahaya mata sulung pada 18 Oktober 2012.

Mereka bagaimanapun memutuskan untuk bercerai pada Mac 2017 sebelum kembali bernikah pada Januari 2018.

Selain itu, beliau pernah berkahwin dengan Norshahida Dzolkifly pada 20 Jun 2016, namun berpisah pada Mac 2017.

      

Foto

adi putra 902

isteri adi putra

pelakon adi putra

instagram adi putra

anak adi putra

adi putra kl gangster

ibu adi putra

drama adi putra

Kredit foto: Instagram Adi Putra

    

Sumber:

1. Wikipedia Adi Putra

2. Adi Putra ceraikan kedua-dua isteri?

3. "Sudah Tiba Masa Umumkan Status Warganegara Saya Ialah Malaysia" - Adi Putra

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)