Kredit foto: Instagram Farisha Iris

   

Siapa Farisha Iris? Farisha Asmadi atau lebih dikenali sebagai Farisha Iris merupakan antara penyanyi yang bakal beradu nasib dalam rancangan realiti, Big Stage edisi 2020.

Musim ketiga pertandingan nyanyian yang membariskan bintang BBNU (Budak Baru Nak Up) itu turut menampilkan Usop (Mentor), Azzam Sham, Yamani Abdillah, Sandra Dianne, Nana Sheme, Amir Hasan, Fadh Majid, Hafiz Zainal, Hanie Soraya, Qody Rany dan Dinie Rashid.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Farisha binti Asmadi.
  • Menggunakan nama komersial, Farisha Iris dan Farish Irish.
  • Berumur 21 tahun (2020).
  • Berasal dari Selangor.
  • Lahir pada 25 April 1999.
  • Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi, pelakon dan pengacara sejak usia 11 tahun.
  • Bernaung di bawah label Seventeen Eleven.
  • Popular menerusi lagu 'Tak Malu' yang mencatatkan lebih 807,000 tontonan di laman Youtube.
  • Lain-lain lagu dipopularkannya termasuk Bebel dan Alasan Terindah (runut bunyi Selafaz Cinta).
  • Dalam bidang lakonan, antara karya dibintanginya termasuk drama bersiri Nujum Kenit dan telefilem Tiba Masanya.
  • Menggunakan nama akaun @farisha_iris di Instagram yang sehingga kini mencecah lebih 464,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Anak keempat daripada lima orang adik-beradik.
  • Bekas naib juara Idola Kecil musim keempat (Idola Kecil 4) pada 2011.
  • Merangkul kemenangan tempat ketiga dalam program Ceria Popstar musim pertama.
  • Mula memegang peranan sebagai hos dan aktres sejak usia kanak-kanak.
  • Mengikuti pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam jurusan Ijazah Perhubungan Awam.
  • Pernah mengendalikan rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 selama setahun sebagai wartawan lokasi dan hos.
  • Juga merupakan salah seorang pengacara yang mengemudikan program kanak-kanak berkonsepkan edutainment, Teng Teng dan ChiChi & ChaCha.
  • Mempunyai aset wajah yang manis dan comel.
  • Berkeyakinan tinggi.
  • Pernah disangka telah bertunang dengan penyanyi Irfan Haris gara-gara bergambar berdua di atas pelamin meskipun ia hanyalah sekadar gimik untuk mempromosikan lagu baharu Irfan.
  • Berkebolehan bermain instrumen muzik piano.
  • Gemar mendendangkan lagu irama mendayu bergenre balada bak lagu-lagu nyanyian Dayang Nurfaizah.
  • Pernah berehat daripada dunia hiburan selama dua tahun dengan tidak meneruskan kontrak pengacaraan dalam program ChiChi & CHaCha musim kedua kerana ingin memberikan fokus pada bidang akademik.

    

Baca: Biodata Amir Hasan, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Sandra Dianne, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Azzam Sham, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Usop (Mentor), Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Yamani Abdillah, Peserta Big Stage 2020 

 Baca: Biodata Fadh Majid, Peserta Big Stage 2020  

Baca: Biodata Hafiz Zainal, Peserta Big Stage 2020 

Baca: Biodata Nana Sheme, Peserta Big Stage 2020 

Baca: Biodata Qody Rany, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Dinie Rashid, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Hanie Soraya, Peserta Big Stage 2020

    

Foto

farisha iris

umur farisha iris

peserta big stage 2020 987

instagram farisha iris

farisha iris wikipedia

farisha iris tak malu

farisha iris idola kecil

big stage 2020 603

Kredit foto: Instagram Farisha Iris

   

Video

Kredit video: Farisha Iris - Tak Malu (Lyric Video) (OST Duda Pujaan Dara)

   

Sumber:

1. Profil Farisha Iris

2. Jaga imej sebagai idola

3. Tak Malu hangat di radio

4. Farisha Irish Tak Malu Luah Perasaan Walau Bertepuk Sebelah Tangan

5. Kekasih ke kenalan Irfan?

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)