Kredit foto: Instagram Hanie Soraya

    

Siapa Hanie Soraya? Hanie Soraya Taha atau nama pentasnya, Hanie Soraya merupakan antara peserta yang bakal beradu nasib dalam pertandngan realiti nyanyian, Big Stage 2020.

Penyanyi BBNU (Budak Baru Nak Up) lain yang turut terpilih di musim ketiga penganjuran rancangan popular itu termasuk Azzam Sham, Yamani Abdillah, Farisha Iris, Qody Rany, Hafiz Zainal, Sandra Dianne, Dinie Rashid, Amir Hasan, Nana Sheme, Fadh Majid dan Usop (Mentor).

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Hanie Soraya binti Taha.
  • Menggunakan nama komersial, Hanie Soraya.
  • Berumur 26 tahun.
  • Berasal dari Kuala Lumpur.
  • Lahir pada 16 Januari 1994.
  • Graduan dalam bidang perubatan daripada Universiti Mansoura, Mesir.
  • Mempopularkan lagu Hujung Dunia yang meraih lebih 2.5 juta tontonan di laman Youtube. Tidak ketinggalan, single Rasa Sayang (1 juta tontonan) dan Pantas (1.3 juta tontonan).
  • Bakatnya digilap oleh penyanyi dan komposer ternama, Faizal Tahir.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @haniesoraya mempunyai lebih 33,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Akaun Facebooknya kini mengumpul lebih 11,000 pengikut.
  • Menyimpan impian untuk menjadi doktor sejak zaman kecil.
  • Pernah bercita-cita ingin berkhidmat sebagai vaterina kerana sukakan haiwan, namun dihalang ibunya.
  • Ingin kerjaya nyanyian dan perubatan diceburi bergerak seiring.
  • Peminat pasukan bola sepak Chelsea.
  • Menggemari sukan bola sepak sejak kecil.
  • Aktif bermain futsal sewaktu sekolah menengah.
  • Gemar bermain bola bersama sepupu dan kawan lelaki sewaktu remaja sehingga dikenali dengan sifat kelelakiannya.
  • Cukup mengagumi bintang bola sepak Cristiano Ronaldo.
  • Lain-lain sukan yang turut diikuti beliau termasuk bola tampar, maraton, bola keranjang, sofbol, berenang dan berbasikal.
  • Ketika bersekolah, beliau melibatkan diri dalam hampir semua kegiatan kokurikulum, termasuk menjadi wakil sekolah di peringkat negeri dan wakil Selangor untuk persatuan Pandu Puteri hingga ke peringkat kebangsaan.
  • Juga merupakan ketua platun dan jurulatih sewaktu ting­katan lima.
  • Menganggotai Koir Kebangsaan Kanak-Kanak sewaktu umur 11 tahun yang mana dilatih oleh penyanyi dan guru vokal, Syafinaz Selamat.
  • Muncul dalam muzikal kanak-kanak Ali Baba di Istana Budaya sewaktu berumur 12 tahun dan menjadi antara empat peserta yang terpilih untuk merakamkan lagu sepanjang pementasan diadakan.
  • Di usia 15 tahun, dia terpilih untuk melibatkan diri dalam program ‘American Foreign Students Exchange’ (AFS) iaitu pertukaran pelajar asing yang mana dia dihantar bersekolah dan menetap bersama keluarga angkat di Itali selama tiga bulan.
  • Mula bergelar penyanyi selepas dipaksa ibunya untuk menghadiri ujibakat kelolaan Faizal Tahir ketika menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Mula melangkah ke bidang muzik sejak umur 19 tahun.
  • Penyanyi pertama yang dipilih untuk menandatangani kontrak bersama Faithful Music.
  • Dikatakan mempunyai vokal iras penyanyi Amy Mastura.
  • Melepaskan banyak peluang dalam bidang seni suara ketika memberi fokus pada pengajian di luar negara.
  • Kini sedang menunggu untuk Housemanship.

      

Baca: Biodata Amir Hasan, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Fadh Majid, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Farisha Iris, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Usop (Mentor), Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Qody Rany, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Dinie Rashid, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Nana Sheme, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Azzam Sham, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Yamani Abdillah, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Sandra Dianne, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Hafiz Zainal, Peserta Big Stage 2020

    

Foto

hanie soraya dulu

hanie soraya instagram

hanie soraya wikipedia

hanie soraya hujung dunia

hanie soraya

peserta big stage 2020 471

keluarga hanie soraya

big stage 2020 399

Kredit foto: Instagram Hanie Soraya

   

Video

Kredit video: Hanie Soraya - Hujung Dunia

    

Sumber:

1. Rasa Sayang Hanie Soraya

2. Hanie dipaksa hadiri uji bakat

3. Hanie Soraya Anggap Suara Klon Amy Mastura Satu Penghargaan

4. Bakal Bergelar Doktor, Hanie Soraya Dijadikan Idola

5. Profil Hanie Soraya

6. Ronaldo Buat Hanie 'Cair'

7. Tamat pengajian, Hanie Soraya rindu untuk kembali menyanyi

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)