Kredit foto: Instagram Dinie Rashid

   

Siapa Dinie Rashid? Muhammad Dinie Abdul Rashid atau nama popularnya, Dinie Rashid merupakan antara peserta yang berjaya menempatkan diri dalam program realiti nyanyian popular, Big Stage 2020.

Musim ketiga pertandingan itu turut melibatkan 11 lagi bintang BBNU (Budak Baru Nak Up) iaitu Azzam Sham, Yamani Abdillah, Usop (Mentor), Amir Hasan, Farisha Iris, Sandra Dianne, Nana Sheme, Hafiz Zainal, Hanie Soraya, Qody Rany dan Fadh Majid.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Muhammad Dinie bin Abdul Rashid.
  • Menggunakan nama komersial, Dinie Rashid
  • Kelahiran Pulau Pinang pada 5 Mei 1992.
  • Berumur 28 tahun (2020).
  • Menceburi bidang seni sebagai seorang penyanyi, selain bergiat sebagai penceramah motivasi.
  • Menganggotai kumpulan duo bersama seorang lagi OKU cacat penglihatan, Khai.
  • Bernaung di bawah label LOL Entertainment.
  • Meledak menerusi single Bukan Cinta Aku (runut bunyi drama Bukan Cinta Aku) yang sehingga kini menerima lebih 2.8 juta tontonan di laman Youtube.
  • Juga merakamkan lagu solo berjudul Pemilik Segalanya ciptaan Adi Six Sense yang pernah menghiasi beberapa siri televisyen sebagai runut bunyi.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @dinierashid sehingga kini mengumpul lebih 6,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • 'Partially blind' di mana daya penglihatannya hanya 20% sahaja.
  • Penglihatannya mula kabur sejak usia 9 tahun.
  • Salah seorang ahli aktif Malaysian Association for the Blind (MAB)
  • Menjadikan Caliph Buskers sebagai inspirasi untuk mencipta nama dalam bidang hiburan.
  • Merupakan pelajar cemerlang yang memilih jurusan Undang-Undang Syariah sewaktu menuntut di tingkatan enam, namun impiannya gagal dilaksanakan selepas mendapat penyakit molecular dystrophy yang tidak dapat diubati serta mengakibatkan saraf di bahagian matanya rosak.
  • Enggan menggunakan unsur simpati untuk meraih perhatian.
  • Mula berkenalan dengan rakan duonya, Khai ketika menyertai Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB).
  • Membabitkan diri dalam dunia seni dan bidang keusahawanan selepas menyedari peluang pekerjaan yang terhad buat golongan cacat penglihatan.
  • Diangkat sebagai ikon bagi Program Kau Sumber Inspirasi Ku, Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (PSWM).

    

Baca: Biodata Amir Hasan, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Azzam Sham, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Farisha Iris, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Fadh Majid, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Hafiz Zainal, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Nana Sheme, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Usop (Mentor), Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Yamani Abdillah, Peserta Big Stage 2020 

Baca: Biodata Hanie Soraya, Peserta Big Stage 2020 

Baca: Biodata Qody Rany, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Sandra Dianne, Peserta Big Stage 2020

    

Foto

dinie rashid dulu

dinie rashid instagram

dinie rashid

peserta big stage 2020 690

dinie khai

keluarga dinie rashid

wikipedia dinie rashid

big stage 2020 655   

Kredit foto: Instagram Dinie Rashid

   

Video

Kredit video: Dinie & Khai - Bukan Cinta Aku (OST Bukan Cinta Aku TV3)

   

Sumber:

1. Profil Dinie Rashid

2. Dinie N Khai Pertaruhkan Bukan Cinta Aku

3. Ikut Jejak Caliph Buskers

4. Dinie & Khai di pentas Busking Bersama Buskers petang ini

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)