Kredit foto: Instagram Syafiq Abdilah

Siapa Syafiq Abdilah? Pemilik nama penuh Mohammad Syafiq Abdillah Soony ini adalah salah seorang peserta yang terlibat menjayakan program realiti nyanyian, Big Stage Musim 4.

Selain Syafiq, turut berentap di edisi 2022 yang memulakan siaran sejak 6 Februari itu ialah Aisha Retno, Tegar Septian (Indonesia), Tuah Adzmi, Iqbal Zulkefli, Yazmin Aziz, Megat Rahim, Danial Chuer, Sofiaa Marieylla (Jerung Merah), Lia Aziz, Elica Paujin dan Ajoi Zainal.

Butiran mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh Big Stage 2022, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

Biodata

Nama sebenar: Mohammad Syafiq Abdillah bin Soony

Nama pentas: Syafiq Abdilah

Umur: 23 tahun (2022)

Tarikh lahir: 4 November 1999

Tempat lahir / Asal: Brunei Darussalam

Warganegara: Brunei

Pendidikan: Laksamana College, Brunei (jurusan perniagaan)

Kerjaya: Penyanyi, komposer

Instagram (IG): @syafiqabdilah

Latar Belakang

1. Mempunyai darah keluarga seni.

2. Bergelar penyanyi untuk merealisasikan impian arwah neneknya.

3. Single pertama yang dipertaruhkan berjudul Sakit ciptaan oleh Candy Rose.

4. Kecenderungan muziknya lebih ke arah genre jazz.

5. Meminati bintang muzik, Bruno Mars, Ed Sheeran, Afgan dan Tulus.

6. Nama Abdilah digunakan berikutan neneknya adalah peminat kepada penghibur lagenda, Datuk Jamal Abdillah.

7. Gemar berkongsi nyanyian lagu cover di IG.

8. Aktif menjayakan tawaran persembahan, termasuk majlis korporat dan pernah menghiburkan keluarga Diraja Brunei.

Fakta Menarik

1. Berbakat dalam bidang ciptaan lagu.

2. Belajar bermain gitar dengan menonton video tutorial YouTube - tanpa pendidikan formal.

3. Meraih lebih 9,200 pengikut di Instagram.

4. Bercita-cita ingin menjadi juruterbang, namun hasrat itu terbatal kerana mempunyai masalah buta warna.

5. Ibunya berasal dari Singapura dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seniman serta seniwati, Aziz Jaafar dan Normadiah.

6. Menceburi bidang nyanyian sejak usia 15 tahun.

7. Selepas memasuki sebuah pertandingan nyanyian di Brunei, bakatnya dikesan oleh seorang penyampai radio yang bertanggungjawab membawanya ke label Webtvasia untuk menjadi artis rakaman.

Baca: Biodata Aisha Retno, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Tegar Septian, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Iqbal Zulkefli, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Sofiaa Marieylla (Jerung Merah), Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Tuah Adzmi, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Megat Rahim, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Danial Chuer, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Yazmin Aziz, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Elica Paujin, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Lia Aziz, Peserta Big Stage 2022

Baca: Biodata Ajoi Zainal, Peserta Big Stage 2022

Gambar

instagram syafiq abdilah

syafiq abdilah umur

syafiq abdilah big stage

syafiq abdilah 14

keluarga syafiq abdilah

big stage 2022 965

peserta big stage 2022 580

big stage 575

peserta big stage 955

syafiq abdilah big stage 2022

big stage 2022 minggu

Kredit foto: Instagram Syafiq Abdilah

  

Video

Kredit video: Syafiq Abdilah - Sakit (Official Lyric Video)

Sumber:

1. Syafiq Remaja Brunei Dilamar WEBTVASIA Kini Lancar Single SAKIT

2. Syafiq pertaruh sentuhan jaz

3. Tunai impian nenek




Hakcipta iluminasi.com (2017)