Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi? Begitu juga dengan bakat seni yang diwarisi adik-beradik selebriti yang dikenali dalam pelbagai cabang seni hiburan.

  

Di sebalik latar belakang keluarga berdarah seni, pengaruh itu tidak dijadikan sebagai batu loncatan untuk selebriti ini membina kerjaya. Masing-masing berdiri atas bakat sendiri dan berada di arena masing-masing.

  

Iluminasi berkongsi pasangan adik-beradik artis popular di Malaysia yang mungkin anda tidak pernah tahu.

  

haqiem rusli 584

Kredit foto: Instagram Zali Rusli

  

Haqiem Rusli Dan Zali Rusli

Haqiem mempunyai seorang adik lelaki yang juga bintang 'BBNU' iaitu Zali Rusli. Single pertama Zali di bawah syarikat rakaman yang sama dengan Haqiem, FMC Music, dicipta sepenuhnya oleh Haqiem sendiri bernama Pewangi.

  

Baca: Biodata Penyanyi Zali Rusli

  

imran aqil nabil aqil

Kredit foto: Instagram Imran Aqil

  

Imran Aqil Dan Nabil Aqil

Imran yang popular sebagai pelakon dalam drama Budak Tebing 2 dan kini sebagai penyampai radio di stesen Hot FM, mempunyai seorang abang yang juga pelakon baru.

  

Kedua-duanya lahir daripada program bakat popular, Hero Remaja dalam dua musim berbeza.

  

aiman tino

Kredit foto: Instagram Aiman Tino

  

Aiman Tino Dan Fara Hezel

Fara Hezel yang turut mencipta nama sebagai penyanyi merupakan adik kepada Aiman Tino. Mereka bernaung di bawah bumbung syarikat rakaman yang sama dan masing-masing sudah tidak asing dengan lagu Ku Rela Dibenci dan Setiaku Pasti.

  

zaki yamani 799

Kredit foto: Instagram Yamani Abdillah

  

Zaki Yamani Dan Yamani Abdillah

Dua beradik ini merupakan anak kepada penyanyi pop legenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah. Yamani pernah dikenali sebagai peserta program realiti Big Stage musim ketiga, manakala Zaki kini beraksi dalam pertandingan Ceria Popstar Xtra 2022.

  

siti saleha

Kredit foto: Instagram Siti Saleha

  

Siti Saleha Dan Sam (Vokalis Kumpulan Bunkface)

Siapa yang tidak kenal dengan nama pelakon Siti Saleha yang sangat sinonim dengan drama TV popular, 7 Hari Mencintaiku. Namun, mungkin ramai tidak mengetahui dia juga merupakan adik kepada penyanyi indie yang mencipta nama suatu ketika dahulu iaitu Sam daripada kumpulan Bunkface.

  

fasha sandha 225

Kredit foto: Instagram Elisya Sandha

  

Fasha Sandha Dan Elisya Sandha

Kedua-duanya sama cantik dengan paras rupa yang hampir sama, kerana Fasha dan Elisya mempunyai darah daging yang sama. Selepas Fasha mengukuhkan namanya dalam bidang lakonan, kini giliran Elisya memantapkan kerjaya seninya mengikut jejak langkah kakaknya. Sekadar info, Elisya juga merupakan isteri kepada Uzair Haqimy Azman yang merupakan anak kepada pelakon Sheila Rusly.

  

elfira loy

Kredit foto: Instagram Ezzrin Loy

  

Elfira Loy Dan Ezzrin Loy

Selain Elfira, Ezzrin juga menceburi bidang lakonan sejak kecil. Seorang lagi adik-beradik mereka, Nurul Ezlisa Loy atau Ezlisa Loy, juga pernah terlibat sebagai pelakon.

  

Baca: Biodata Pelakon Ezzrin Loy

  

k clique 26

Kredit foto: Instagram FareedPF , Instagram Sabhi Saddi

  

FareedPF (K-Clique) Dan Sabhi Saddi (One Nation Emcees)

Salah seorang ahli K Clique iaitu FareedPF adalah adik kepada penyanyi terkenal, Sabhi Saddi (One Nation Emcees), namun Sabhi mula dahulu dikenali dalam bidang nyanyian menerusi lagu hitsnya, Nadiku.

  

Baca: Biodata Penyanyi FareedPF (K-Clique)

  

achey bocey

Kredit foto: Instagram Achey , Instagram Natasha Hamzah

   

Achey (Bocey) Dan Natasha Hamzah

Pelakon dan pelawak Natasha Hamzah yang ditonjolkan bakatnya dalam rancangan bakat komedi, Gegar Lawak 2018 siaran Astro Warna, merupakan adik kepada pelawak tidak asing, Achey (Bocey).

  

Baca: Biodata Pelakon Natasha Hamzah

  

ogy ahmad daud

Kredit foto: Instagram Ogy Ahmad Daud

  

Ogy (Fauziah Ahmad Daud) dan Fazlina Ahmad Daud

Primadona filem Melayu, Fauziah Ahmad Daud mempunyai seorang adik perempuan yang sering menghiasi drama tempatan di stesen TV, Fazlina Ahmad Daud. Walaupun jarang diberi watak utama, kemunculannya sentiasa memberi impak kepada penonton.

  

Baca: "Ben Amir Memang Adik Saya La.." - Lisa Surihani Kejutkan Netizen

  




Hakcipta iluminasi.com (2017)