Kredit foto: Instagram Fahimi Rahmat , Facebook Fahimi Rahmat

       

Dengan pelancaran single bertajuk "Angau", penyanyi Fahimi Rahmat mencipta populariti di platform TikTok, dengan fenomenanya yang tersendiri.

        

terbaring lagi di taman

        

Lagu ini telah mencatat lebih dari dua juta tontonan di laman penstriman YouTube.

         

fahimi

       

"Angau" dianggap sebagai lagu yang paling viral pada tahun 2024 setakat kini dan ia merupakan hasil ciptaan penuh dari Fahimi sendiri. Antara bait lirik yang paling diingati oleh ramai adalah "Terbaring Lagi Di Taman..."

        

angau 52534

         

Berikut adalah perkongsian maklumat peribadi Fahimi menerusi satu artikel biodata yang lengkap.

        

Biodata Fahimi Rahmat

Nama penuh: Muhammad Fahimi bin Rahmat

Nama komersial: Fahimi, Fahimi Rahmat

Umur: 27 tahun (2024)

Tarikh lahir: 2 Ogos 1997

Tempat lahir: Leeds, England

Asal: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Keluarga: Anak ketiga daripada empat orang adik beradik

Pendidikan: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam

Pekerjaan: Penyanyi, Komposer, Penulis Lirik, Personaliti Media Sosial

Instagram (IG): @fahimirahmat

Tiktok: @fahimirahmat

         

Latar Belakang

1. Perjalanan kerjaya muziknya bermula dengan menyertai kumpulan nasyid kontemporari, The 4aith pada tahun 2016. The 4aith, yang diwujudkan pada 13 Jun 2016, tidak hanya menampilkan dirinya tetapi turut menggabungkan tiga rakan sebaya, iaitu Aniq Muhaimin Ismail, Muhammad Fahimi Rahmat dan Amir Firdaus Razali.

2. Populariti mereka meroket kerana kreativiti dalam mengubah lirik lagu-lagu Barat yang terkenal menjadi bait-bait yang menyampaikan nilai-nilai dakwah.

3. Beberapa daripada lagu yang telah mereka ubah liriknya termasuklah 'Despacito' yang asalnya milik Justin Bieber, Daddy Yankee dan Luis Fonsi, kini menjadi 'Dengarilah'. Selain itu, turut melibatkan transformasi lagu-lagu seperti 'Love Yourself' (Justin Bieber) yang menjadi 'Kembalilah', 'Locked Away' (Adam Levine) menjadi 'Persahabatanku' dan 'Photograph' (Ed Sheeran) kini dikenali sebagai 'Mengingatimu'.

4. Kemudian, mereka memasuki dunia rakaman dengan melancarkan single "Yang Pertama" dan "Shine" (bersama Omar Esa), membina nama mereka sebagai penyanyi berkumpulan.

5. Tahun 2020 menyaksikan penglibatan Fahimi sebagai sebahagian daripada kumpulan duo lelaki yang diberi nama FML, yang merupakan kombinasi namanya (Fahimi) dan pasangannya, Mal Hamka (Muhammad Ikhmal Mohd Hamka / Ikhmal).

Mereka dipilih untuk menjadi artis di bawah naungan syarikat muzik Faithful Music, yang dimiliki oleh penyanyi terkenal Faizal Tahir.

Antara hasil rakaman mereka termasuklah Sinar, Payung Terjun (menampilkan Faizal Tahir), Dipinggirkan (menampilkan Siqma), Caramu (menampilkan Shahida Supia), Sepertiga dan Call You Mine (menampilkan Seachains dan Nhật Hoàng).

6. Selaku penyanyi solo, Fahimi mendapat tempat dalam kalangan komuniti muzik dengan lagu-lagu seperti Angau, Belum Siap Kehilangan, Sungguh Kamu Aku Rindu @ SKAR (duet bersama Athalia), Follow Me, Nothing dan Raya 2 Dalam 1.

        

Fakta Menarik

1. Mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 18, Shah Alam.

2. Aktif dalam memuat naik video lagu yang dinyanyikan semula dari karya-karya penyanyi terkenal, dengan sentuhan versi dan komposisi yang tersendiri.

3. Kariernya diberi bimbingan oleh penyanyi ternama, Faizal Tahir.

4. Selain menjadi penyanyi, dia turut giat dalam mencipta lagu untuk artis-artis lain.

5. Sehingga kini, dia masih berstatus bujang dan belum berkahwin.

6. Merupakan abang dan pasangan kembar kepada penyanyi dan penggubah lagu terkenal, Firdaus Rahmat. Firdaus adalah salah seorang ahli seangkatannya dalam kumpulan The 4aith. Firdaus juga pernah terlibat dalam pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Musim 5 pada 2023.

7. Fahimi pernah membuat penampilan istimewa di Konsert Big Stage pada minggu kelapan (Suku Akhir) semasa penutup persembahan Firdaus, yang membawakan lagu "Pagi Yang Gelap" oleh Hujan.

8. Sering disalah anggap sebagai anak kepada Faizal Tahir, walaupun hakikatnya tidak begitu.

9. Menyukai Faizal Tahir sebagai idolanya, selain menggemari artis antarabangsa, Chris Brown, khususnya lagu daripadanya berjudul "Angel Numbers / Ten Toes".

10. Meminati genre muzik R&B.

11. Baru-baru ini, dia diberi peluang membuat persembahan di Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA2023) dan Karpet Merah dalam majlis Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38.

        

Baca: Biodata Penyanyi Firdaus Rahmat

Baca: Biodata Penyanyi Amir Jahari

Baca: 10 Fakta Penyanyi Aisha Retno Yang Ramai Tak Tahu!

           

Foto

fahimi rahmat instagram

fahimi rahmat lagu

fahimi rahmat age

firdaus rahmat kembar 35148

fahimi rahmat umur

fahimi rahmat wife

fahimi angau

fahimi rahmat anak faizal tahir

fahimi rahmat adik beradik

fahimi rahmat anak siapa

Kumpulan The 4aith

firdaus rahmat 91973

fahimi rahmat wikipedia

Duo FML

fahimi rahmat

Kredit foto: Instagram Fahimi Rahmat , Facebook Fahimi Rahmat

        

Video

Kredit video: Fahimi Rahmat - Angau | MeleTOP | Nabil & Hawa

        

Sumber:

1. Jom Kenali Penyanyi Lagu Angau, Fahimi Rahmat… Terbaring Lagi Di Taman

2. FML muncul dengan ‘Payung Terjun’

3. Dakwah cara The 4aith [METROTV]

4. #LaguXTRA: “Terbaring Lagi Di Taman…” – Tak Sangka Lagu ‘Blow Up’, Fahimi Jadi Wakil Buat Jiwa Sedang Angau

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)