Oleh pada 16 Aug 2019 kategori

ben amir lisa surihani

Kredit foto: Instagram @lisasurihani & Instagram @benamirr

    

Warganet kecoh selepas pelakon Lisa Surihani melayangkan satu tweet pengakuan di laman sosial Twitternya pada malam tadi.

Lisa mendedahkan hubungannya dengan hero drama bersiri, Sweet Dreams, Ben Amir sebagai adik-beradik.

“Hey semua. Ben Amir tu memang adik saya la, tak tahu ke? Hehehe,” tulisnya.

    

adik lisa surihani

Kredit foto: Twitter @LisaSurihani

     

Perkongsian itu yang jelas hanyalah bersifat gurauan, bagaimanapun diambil serius oleh sesetengah pihak.

Ia gara-gara selepas tular mengatakan kedua-dua mereka mempunyai wajah seiras.

Apa yang lebih mencetuskan perhatian apabila Lisa dengan selambanya melayangkan komen di sekeping foto yang dikongsi heroin Sweet Dreams, Mira Filzah di Instagram.

Sambil meletakkan tag nama Ben Amir, ini komen Lisa:

“Disebabkan semua orang cakap dia iras saya, jadi terimalah hakikat bahawa dia adalah adik saya. Okay jadi, macam mana sikap dia? Harap dia berkelakuan baik. Kalau tidak beritahu saya ya!

“Tahulah Kak Long sekolahkan dia nanti,” tulisnya seolah bercakap kepada Mira.

     

ben amir adik lisa surihani

Kredit foto: Instagram @mfmirafilzah

    

Dalam pada itu, hasil pemerhatian Iluminasi mendapati, rata-rata netizen seakan terpedaya dengan gurauan aktres itu apabila carian kata kunci seperti 'adik Lisa Surihani', 'Ben Amir adik Lisa Surihani' dan 'adik-beradik Lisa Surihani' menjadi trending di enjin carian Google sejak malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Ben dan Mira kini sedang membintangi drama adaptasi novel karya Acik Lana berjudul Sweet Dreams yang bersiaran sejak 5 Ogos lalu di slot Megadrama, saluran Astro Ria.

     



Hakcipta iluminasi.com (2017)