Kredit foto: Instagram FareedPF

Siapa FareedPF? Fareed Saddi atau nama komersialnya, FareedPF merupakan salah seorang ahli kumpulan hip hop Malaysia, K-Clique.

Antara lagu yang memahat namanya dalam dunia hiburan seperti Over You, Forya dan Nadi Ku.

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Nama sebenarnya, Fareed Saddi.

2. Menggunakan nama pentas, FareedPF.

3. Berasal dari Sabah.

4. Graduan Universiti Curtin, Australia yang mempunyai kelulusan dalam bidang undang-undang dan komunikasi massa.

5. Bergiat dalam dunia seni sebagai seorang penyanyi rap dan komposer.

6. Merupakan ahli kumpulan K Clique yang turut dianggotai MK, Tuju, Noki, Gnello, SoMean, KDeaf dan NastyNas.

7. Antara lagu yang meledakkan namanya bersama K Clique seperti Licik, Mimpi (menampilkan Alif), Beg 2 Back, Lane Lain Line, Merais, Kitta Move, Sah Tu Satu, Pulang (menampilkan AJ), Kamu Okay, Warna dan Memorabilia (menampilkan XNADS).

8. Lagu-lagu yang direkodkannya sebagai penyanyi solo pula seperti Nadi Ku, Over You, Forya (bersama Ozcure), Naive, Byyou (bersama Roysten), Pelangi (bersama Redz), Missinout (bersama Redz), Ulang (bersama AxelJonas, Alan D, IYB Midnight, TujuLoca, Aliana Azizi) dan Noir (bersama GNello, MK K-Clique, Axel, IYB Midnight).

9. Pemilik akaun Instagram (IG) atas nama @fareedpf yang mempunyai lebih 170,000 pengikut.

Fakta Menarik

1. Turut mempunyai bakat dalam bidang tarian.

2. Abangnya, Sabhi Saddi juga merupakan penyanyi yang pernah mencipta nama menerusi lagu Nadiku.

3. Menyimpan angan-angan untuk merakamkan lagu bersama beberapa idolanya seperti Too Phat dan Yuna, termasuk penyanyi antarabangsa, Chris Brown.

4. K Clique, kumpulan yang dianggotainya itu pernah tercalon dalam kategori Best Southeast Asian Act di Anugerah Muzik Eropah MTV 2020, meskipun trofi kemenangan berpihak kepada penyanyi hip hop Vietnam, Jack.

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Kumpulan K-Clique

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi MK K-Clique

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Tuju K-Clique

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Noki K-Clique

Baca: 5 Fakta Kumpulan K-Clique Yang Pasti Buat Anda Terkejut!

Baca: Ini Keputusan SPM MK K-Clique Yang Buat Ramai Terkedu!

Gambar

k clique 289

ahli k clique 29

fareedpf

biodata k clique 379

k clique members 701

lagu fareedpf

fareedpf k clique

mk 154

mk k clique 656

Kredit foto: Instagram FareedPF & Instagram Somean K-Clique

Video

Kredit video: FAREEDPF | NADI KU (OFFICIAL MUSIC VIDEO)

Sumber:

1. Fareedpf pula muncul solo

2. Nadi solo FareedPF K-Clique

3. Ramai tak tahu Sabhi, Fareed adik-beradik




Hakcipta iluminasi.com (2017)