Kredit foto: Instagram Darling Ngasri , Facebook Darling Ngasri (Nasreen) , Facebook Page Darling Ngasri , Instagram Anne Ngasri , Instagram Naszeli Ngasri

       

Aktres Darling Ngasri memulakan langkah awal dalam bidang seni sebagai seorang pelakon kanak-kanak. Kini, beliau aktif bergelar seorang penerbit dan artis rakaman suara yang dikenali dalam industri hiburan.

       

Biodata

Nama sebenar: Nasreen binti Ngasri

Nama komersial: Darling Ngasri

Umur: 40 tahun (2023)

Tarikh lahir: 2 Jun 1983

Tempat lahir / Asal: Kuala Lumpur, Malaysia

Keluarga: Anak keempat daripada enam orang adik beradik

Pendidikan: Diploma Jurusan Perniagaan

Kerjaya: Pelakon, Penerbit, Artis Rakaman Suara, Usahawan

Instagram (IG): @darlingasri

        

Latar Belakang

1. Darling merupakan anak kepada pasangan penyiar dan pelakon, Ngasri Sain (bapa) dan Habibah Jaafar (ibu). Beliau juga adalah adik kepada aktor, Naszeli Ngasri (Boy Ngasri) dan Nasrizal Ngasri (Bell Ngasri) serta kakak kepada aktres Naszriah Ngasri (Anne Ngasri).

2. Dia turut mempunyai dua orang adik-beradik lain, iaitu seorang kakak bernama Nasliza Ngasri dan seorang adik perempuan bernama Nassuhada Ngasri. Nassuhada Ngasri adalah seorang "anak istimewa".

3. Bapanya, Ngasri Sain, bukanlah orang asing dalam dunia penyiaran RTM kerana beliau merupakan seorang juruhebah terkenal dengan suara emas, turut pernah menjadi suara latar iklan yang popular di radio dan stesen TV pada suatu ketika dahulu.

4. Darling bersama dua adik-beradiknya, Bell dan Anne, memulakan langkah dalam dunia seni sebagai pelakon iklan pada tahun 1988 sebelum menjadi pilihan penerbit drama di saluran RTM dan TV3. Sejak itu, mereka telah mencatatkan kemunculan dalam lebih 200 drama televisyen sepanjang terlibat dalam bidang lakonan.

5. Ibu mereka, Habibah, memainkan peranan penting dalam mengatur jadual sesi penggambaran dan juga pendidikan mereka.

6. Dari tahun 2010, Darling menerusi syarikat penerbitannya, NS Star Sdn Bhd mula aktif dalam menerbitkan pelbagai drama yang kebanyakannya ditayangkan di saluran RTM. Antara drama terbitan produksi NS Star seperti Hero, Sesegar Nailofar, Mencari Kiblat Cinta, Misi Seramedi, Fateema Az Zahra, Budak Takraw, Cinta Shanxi, Airmata Xinjiang, Mencari Mubarakh, Cinta Viral dan Cinta Pedia, termasuk juga filem Hero: Jangan Bikin Panas.

7. Selain itu, drama-drama lakonan oleh Darling sendiri juga telah mencuri perhatian penonton dan menjadi kenangan indah dalam ingatan ramai, antaranya ialah Demi, Prahara, Wad 04, Mencari Kiblat Cinta dan Alamak Lagi Lagi Dia, termasuk filem Perempuan, Isteri & ... yang menggegarkan layar perak.

8. Pada 30 Mei 2009, Darling menamatkan zaman solonya apabila berkahwin dengan Nur Azlin Rahmat dan dari perhubungan yang bahagia bersama suaminya, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Nur Nashrullah pada 21 Mei 2011.

        

Baca: Biodata Farhana Fauri, Isteri Kepada Pelakon Bell Ngasri

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Bell Ngasri

Baca: Biodata Ngasri Sain, Bapa Kepada Pelakon Bell Ngasri

       

Gambar

nasreen ngasri

Darling ketika zaman kanak-kanak sebagai pelakon iklan

bell ngasri

Darling dan Bell

anne ngasri

Darling dan Anne Ngasri

adik bell ngasri

adik beradik bell ngasri

Potret keluarga

adik beradik ngasri

Adik-beradik Darling bersama ibunya

ngasri

darling ngasri wikipedia

darling ngasri umur

ayah bell ngasri

Meraikan ulang tahun kelahiran Ngasri Sain (ayah)

suami darling ngasri

darling ngasri

Di sisi suami dan anak

ngasri sain

Kredit foto: Instagram Darling Ngasri , Facebook Darling Ngasri (Nasreen) , Facebook Page Darling Ngasri , Instagram Anne Ngasri , Instagram Naszeli Ngasri

         

Video

Kredit video: Nona | Artis Throwback: Darling Ngasri

        

Sumber:

1. Darling, Anne Ngasri terkejut digelar awet muda

2. Ngasri sebak 'lepaskan' Darling

3. Darling teruskan legasi Ngasri Sain

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)