Kredit foto: Instagram Zali Rusli

    

Siapa Zali Rusli? Ahmad Al Ghazali Rusli atau nama popularnya, Zali Rusli merupakan seorang penyanyi remaja lelaki Malaysia.

Beliau merupakan adik kepada penyanyi Haqiem Rusli yang juga seorang komposer ternama.

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Ahmad Al Ghazali bin Rusli.
  • Menggunakan nama pentas, Zali Rusli.
  • Berumur 15 tahun (2020).
  • Berasal dari Selangor.
  • Anak kepada pasangan Rusli Abdul Manaf (bapa) dan Nazrah Ahmad Nordin (ibu).
  • Anak bongsu daripada empat orang adik-beradik.
  • Artis naungan di bawah syarikat rakaman FMC Music yang turut disertai penyanyi-penyanyi remaja popular seperti Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Tuah Adzmi, Tajul dan Afieq Shazwan.
  • Muncul dengan single berjudul 'Pewangi' ciptaan Haqiem Rusli dan Ibnu, senikata oleh Haqiem Rusli.
  • 'Pewangi' dilancarkan di semua pelantar muzik digital seperti Joox, Spotify, Deezer, Youtube dan lain-lain mulai 2 Oktober 2020.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama akaun @zalirusli._ sehingga kini mengumpul lebih 2,600 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Kediamannya terletak di Hulu Langat, Selangor.
  • Kerjayanya mendapat sokongan penuh daripada Haqiem dan kedua ibu bapanya yang meletakkan syarat agar beliau tidak mengabaikan pelajaran.
  • Mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia nyanyian hingga kerapkali mengikuti Haqiem menjayakan sebarang persembahan pentas.
  • Berlapang dada jika bakatnya bakal dibanding-bandingkan dengan Haqiem kelak.
  • Lirik lagu Pewangi mengisahkan tentang cinta seorang kekasih yang berjaya merawat hati seseorang.
  • Video muzik Pewangi yang baru sahaja dilancarkan telahpun menduduki carta trending Youtube Malaysia.

   

Baca: Haqiem Rusli Kahwin, Ini Biodata Isterinya, Wan Anis Sofea

Baca: Biodata Haqiem Rusli

   

Foto

zali rusli 838

haqiem rusli

adik haqiem rusli

umur zali rusli

keluarga haqiem rusli 422

instagram zali rusli

wikipedia zali rusli

zali rusli pewangi

profil zali rusli

adik beradik haqiem rusli

Kredit foto: Instagram Zali Rusli

   

Video

Kredit video: Zali Rusli - Pewangi (Official Music Video)

   

Sumber:

1. Adik Haqiem Rusli, Zali kini penyanyi

2. Zali Rusli Bakal Cabar Abang Sendiri? Haqiem Rusli Tetap Beri Sokongan

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)