Kredit foto: Instagram Mustika

Siapa Nur Mustika? Baru-baru ini, pengasas kosmetik lelaki Malaysia terkenal, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau nama panggilannya, Nur Sajat kecoh dibualkan warganet selepas kes yang mengatakan dia telah ditangkap dan ditahan di Bangkok, Thailand pada 8 September lalu.

Lanjutan itu, salah seorang adik beradiknya, Nur Mustika Kamaruz Zaman tampil mempertahankan diri bagi mewakili keluarga mereka yang menjadi mangsa kecaman masyarakat, gara-gara dituduh menyebelahi abangnya yang sering terkait dengan kontroversi itu.

Memandangkan nama Mustika kini sedang hangat menjadi bualan semasa, Iluminasi kongsikan biodata dan latar belakangnya khas buat pembaca.

Biodata

1. Nama penuhnya, Nur Mustika binti Kamaruz Zaman. Dikenali dengan nama komersial, Mustika.

2. Berumur 33 tahun (2021).

3. Berasal dari Perak.

4. Tarikh lahir pada 27 Jun 1988.

5. Bergiat dalam kerjayanya sebagai seorang usahawan dan instafamous.

6. Menggunakan Instagram (IG) menerusi nama akaun @must1ka88 dengan catatan lebih 93,000 pengikut.

Latar Belakang Dan Fakta Menarik

1. Membahasakan dirinya dengan nama 'Ika'.

    

mustika

    

2. Merupakan adik perempuan kepada ahli perniagaan kosmetik, Nur Sajat / Bella atau juga nama sebenarnya, Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman.

   

sajat 188

3. Memanggil Sajat dengan nama samaran 'Ajad'.

   

nur mustika kamaruzzaman

   

4. Mempunyai bakat dalam bidang nyanyian yang mana vokalnya disamakan netizen dengan penyanyi Shakira.

   

nur mustika

   

5. Rupa parasnya dikatakan mempunyai iras bintang realiti televisyen antarabangsa, Kim Kardashian. Ada juga yang mengaitkan wajahnya dengan pelakon jelita tempatan, Irma Hasmie, termasuk abangnya sendiri, Sajat.

6. Pada 2017, portal Astro Gempak melaporkan status dirinya yang sudah bersuami dan berkeluarga menerusi perkahwinan bersama Muhammad Irfan Steve Abdullah yang merupakan seorang jurulatih gimnasium. Perkongsian hidup mereka ketika itu dikatakan mempunyai seorang anak perempuan.

   

adik sajat

   

7. Mustika juga adalah bekas vokalis kepada sebuah band yang sudah berpecah.

8. Beliau pernah terbabit dalam program temubual di kaca TV yang berjudul 'Halalkah Aku?' pada sekitar tahun 2010.

   

adik beradik sajat

   

9. Pernah membuat kemunculan sebagai pelakon dalam drama berepisod, Tundukkan Playboy Itu siaran slot Akasia, saluran TV3 pada tahun 2016 yang turut sama menampilkan aktor Alif Satar, Hafidz Roshdi, Uqasha Senrose dan Mawar Rashid.

10. Tular pada Jun 2021 selepas memuat naik video parodi di aplikasi TikTok berlatarkan audio milik abangnya, Sajat.

   

adik sajat ig

   

11. Pernah terpilih sebagai antara peserta yang berentap dalam program realiti, The Band yang bersiaran di saluran Astro pada tahun 2014.

Gambar

mustika adik sajat

nur mustika adik sajat

keluarga sajat

adik nur sajat

Kredit foto: Instagram Mustika Kamaruzzaman

Video

Kredit video: 'Ujian ini berat, hanya Allah SWT yang tahu' - Adik Sajat

Sumber:

1. Berilah dia lagi satu peluang... [METROTV]

2. Mustika, Adik Nur Sajat Secantik Kim Kardashian

3. Adik Sajat, Mustika tular angkara video parodi

4. Terkini.. Sajat sudah ditahan

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)