Kredit foto: Instagram Shila Amzah , Instagram ND Lala , Facebook Shila Amzah

       

Shila Amzah sememangnya merupakan seorang penyanyi yang diberkati dengan bakat yang hebat dan mempunyai lagu-lagu yang memikat hati pendengar.

              

shila amzah 89780

         

Kecemerlangannya tidak hanya terbatas dalam negara, malah juga ke peringkat global.

Beliau dianggap sebagai seorang selebriti yang berada pada kelas tersendiri dan kekal berjaya dalam industri seni dari zaman kanak-kanak sehinggalah sekarang.

         

ubai shila amzah 60057

        

Lihat 10 fakta menarik mengenai penghibur yang kini berstatus isteri kepada personaliti media sosial, Ubai MZ ini.

          

10 Fakta Penyanyi Shila Amzah Yang Ramai Tak Tahu!

ubai shila 11892

          

1. Shila, seorang anak sulung, dilahirkan dalam keluarga yang terdiri daripada empat orang adik-beradik, termasuk Amir Syafiq (adik lelaki), Amir Syahir (adik lelaki) dan Syada Amzah (adik perempuan), di bawahnya.

         

shila amzah adik beradik

          

2. Penglibatan Shila dalam industri hiburan telah memberi inspirasi kepada adik-adiknya yang juga menunjukkan bakat dalam bidang muzik. Syada Amzah, contohnya, pernah mencuba nasib dalam pertandingan realiti nyanyian, Big Stage musim kedua, manakala Amir Syahir akan bergabung sebagai rakan duet Shila dalam rancangan Famili Duo yang akan datang.

         

syada amzah 54465

         

3. Dalam rekodnya sebagai penyanyi, beberapa daripada lagu yang pernah dirakamkan termasuklah Patah Seribu, Memori Tercipta, Masih Aku Cinta, Tiada Dirimu, Yang Teristimewa, Kita Berdansa (Loco Loco), Beribu Sesalan (menerusi 3 Suara: duet bersama Ning Baizura dan Jaclyn Victor), Selamanya Cinta (duet bersama Alif Satar), Pelukan Angkasa (duet bersama SOG) dan Bahagiakan Dia (duet bersama Liza Hanim).

         

banglo shila amzah hulu langat

         

4. Shila pernah berkongsi menerusi laman Instagram (IG) bahawa dia hanya meraih 3A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), iaitu dalam subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris, sekaligus menjadi contoh nyata bahawa keputusan SPM bukanlah penamat dan penentu masa hadapan dalam kehidupan.

       

shila amzah jual rumah

        

5. Mengikut maklumat yang ditemui dalam carian internet, Shila disebut memiliki ketinggian dalam sekitar 165 sentimeter (cm).

          

bekas suami shila amzah 46582

        

6. Shila hanya memperoleh lesen memandu kereta pada usia 32 tahun dan mendedahkan bahawa sepanjang masa sebelum ini, dia hanya menumpang di dalam kenderaan bersama pemandu lain.

        

syafiq amzah

       

7. Nama Shila mula benar-benar melonjak naik di pentas hiburan dan membuka mata warga tempatan apabila dia meraih gelaran juara dalam pertandingan nyanyian, Asian Wave di Shanghai, China pada tahun 2012 - dengan hadiah kemenangan sebanyak RM2.5 juta!

          

rumah shila amzah

        

8. Rentetan laporan di media yang mendedahkan nilai kekayaannya bernilai lebih AS$50 juta pada 2016, peminatnya teruja bertanyakan tentang perkara itu dalam satu sesi soal jawab Instastory. Namun, Shila, ketika meninggalkan responnya, menafikan dakwaan tersebut.

        

shila amzah kahwin 65111

        

9. Tidak hanya mencapai kegemilangan dalam negara, malah juga di luar negara, selama menjalani kerjaya dalam industri hiburan. Shila telahpun memenangi berbilang anugerah, antaranya, Naib Johan dalam pertandingan Bintang Kecil RTM 2000, Naib Johan rancangan realiti One in a Million Musim 2, Juara Shanghai World Star Quest (SWSQ) 2008, Naib Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 2012 dan 2015, Juara Anugerah Juara Lagu 2022, Juara The Masked Singer Malaysia Musim 2 dan Tempat Ketiga Gegar Vaganza 2023 (Musim Ke-9).

        

syahir amzah

        

10. Dalam perkembangan semasa, Shila menyertai program realiti nyanyian yang popular, Famili Duo musim ke-3, bersama dengan adiknya, Amir Syahir, membentuk satu pasangan duo dalam saingan nyanyian tersebut. Mereka akan menghadapi lawan daripada lima pasangan selebriti, termasuklah Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu), Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (adik-beradik), Ryan Bakery dan Adam Bakery (adik-beradik), serta Fuad Rahman dan Tom (suami isteri). Manakala, pasangan keenam akan diperkenalkan dalam konsert minggu pertama program yang dijadualkan pada 15 Oktober 2023 ini.

         

Baca: Famili Duo TV3 Musim 3 (2023) : Senarai Peserta, Keputusan Markah Mingguan, Lagu Tugasan, Cara Undi

Baca: 8 Fakta Ubai MZ (Ubaidillah Zulkefli) Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Ubai MZ, Suami Penyanyi Shila Amzah

Baca: Biodata Syada Amzah, Adik Kepada Penyanyi Shila Amzah

Baca: Biodata Emma Suhaimi (AF), Kakak Kepada Penyanyi Adira Suhaimi, Peserta Famili Duo Musim 3 2023 (TV3)

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Shila Amzah

          

suami shila amzah 98217

ubai mz 58831

nd lala 69316

Selebriti yang berumur 33 tahun (2023) ini merupakan anak kepada penyanyi veteran, ND Lala (bapa) dan Fauziah Sarman (ibu)

adik shila amzah 15237

Sebelum dinikahi Ubai, Shila pernah berkahwin dengan suami pertamanya, Haris Idraki Elias, yang berkerjaya dalam bidang kewangan di kota London pada 19 April 2018. Namun, mereka sudahnya bercerai pada 8 Februari 2022

shila amzah family 50028

Kredit foto: Instagram Shila Amzah , Instagram ND Lala , Facebook Shila Amzah

        

Kredit video: Ubai Minat Shila Amzah Dari 2014?! | Motif Trending

         

Sumber:

1. #TriviaXTRA: Karakter Berubah Macam Sesumpah, Boleh Jadi ‘Boyish’ Dan… Ini 3 Perkara Menarik Ramai Tak Tahu Tentang Shila Amzah!

2. Profile Shila Amzah, Shila

3. Shila Amzah nafi nilai kekayaan AS$50 juta

4. Instagram Shila Amzah

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)