Kredit foto: Instagram Miki Ghazali , TikTok Miki Ghazali , Facebook M Mikail Ghazali , Instagram Rentap Muay Thai Gym
Nama Miki Ghazali semakin meniti di bibir peminat sukan tempur — anak muda berbakat ini adalah seorang atlet Muay Thai Malaysia yang sedang mencipta gelombangnya sendiri.
Biodata
Nama penuh: Muhammad Mikail Ghazali bin Zulfikar
Nama komersial: Miki Ghazali, Miki
Umur: 16 tahun (2025)
Tarikh lahir: 6 Mac 2009
Tempat lahir: Putrajaya
Asal: Kuching, Sarawak, Malaysia
Agama: Islam
Keluarga: Anak ketiga daripada empat orang adik beradik
Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) ST Thomas, Kuching
Pekerjaan: Atlet Sukan Muay Thai dan Tinju
Instagram (IG): @mikipapa_
Tiktok: @mikailghazali_
Latar Belakang
1. Miki mewarisi kacukan darah daripada kedua ibu bapanya — ibunya, Jennana Johnson, berasal dari Amerika Syarikat, manakala bapanya, Zulfikar Mohd Ghazali, mempunyai darah campuran Melayu, Indonesia dan Jepun.
2. Di antara empat beradik, Miki berada di kedudukan ketiga — mempunyai dua abang, Muhammad Elias Ghazali dan Muhammad Johan Ghazali (Jojo), serta seorang adik perempuan, Emylia Lynn Ghazali (Mia Ghazali), yang turut berkongsi semangat dalam arena Muay Thai.
3. Bapanya, Senior Asisten Komisioner Zulfikar Mohd Ghazali, merupakan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang kini bertugas sebagai Komandan Pusat Latihan Polis di Kuching. Manakala datuknya, Allahyarham Tan Sri Mohd Ghazali Che Mat, pernah menabur bakti sebagai Panglima Angkatan Tentera dan Pengerusi New Straits Times Press.
Datuknya dari Lenggong, Perak, manakala bapanya membesar di Kuala Lumpur.
4. Pada awalnya, Miki dan keluarganya membina kehidupan di Kajang, Selangor. Namun, pada tahun 2015, mereka mengambil keputusan untuk berpindah ke Sarawak dan memulakan lembaran baharu di bumi kenyalang.
5. Minatnya terhadap seni tempur ini mula terserlah sejak kecil dan pada usia enam tahun, dia sudah serius berlatih untuk menguasainya.
6. Latihan hariannya bertempat di Rentap Muay Thai Gym, Kuching, namun bila tiba saat penting seperti kejohanan besar, dia akan memperkemaskan persiapannya di Superbon, Bangkok.
Fakta Menarik
1. Miki bercita-cita mahu mengorak langkah ke arena ONE Championship, mengikut laluan yang telah dirintis abangnya. Kini, dia dalam fasa membuktikan dirinya layak untuk bertanding dalam kategori 56kg (strawweight), dengan sasaran seawal 2025 atau selewatnya 2026.
2. Dia turut menyasarkan tempat dalam skuad negara ke Sukan SEA 2025 yang bakal diadakan di Thailand penghujung tahun ini, namun sehingga kini, panggilan pemilihan masih belum diterima.
3. Perwatakan Miki kelihatannya sedikit berbeza daripada Johan Ghazali — dia lebih riang, lucu dan gila-gila, tetapi ironinya, dialah yang kerap menjadi ‘mangsa’ usikan Johan di media sosial!
4. Selain Muay Thai, Miki juga kelihatan aktif dalam sukan lain seperti larian dan skateboard (papan selaju).
5. Pada awal tahun 2025 ini, ketinggiannya ialah 171 sentimeter (cm).
6. Dia membuat debut profesionalnya pada 18 Januari 2025 dalam dunia boxing di Rentap Fighting Championship (RFC), mempamerkan aksi dominan yang membawanya ke kemenangan ke atas Mustakim dari Indonesia dalam kategori 53.5kg di Stadium Perpaduan Sarawak.
7. Pada 22 Februari 2025, dia menggegarkan gelanggang di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur apabila meraih kemenangan dalam Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan (Wilayah Pahlawan International Muay Thai Championship).
Antara Pencapaian
2022:
Emas di Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 – kategori IFMA World Muaythai Grand Slam (Junior 12-13, 36-40kg), mewakili Persatuan Muaythai Malaysia (PMM - Malaysia A).
2023:
Emas WBC Amazing MuayThai World Festival 2023 – kategori Remaja 11-13, 32-36kg, Bangkok, Thailand.
2024:
Emas di WBC Amazing MuayThai World Festival 2024 – kategori 42kg (umur 14-15 tahun), Bangkok, Thailand.
Emas di Sukan Malaysia (Sukma) 2024 – kategori 51-54kg lelaki. Penglibatan ini merupakan penampilan pertamanya di SUKMA.
Baca: Biodata Mia Ghazali, Atlet Muay Thai, Adik Kepada Johan Ghazali (Jojo)
Baca: 8 Fakta Yang Ramai Tak Tahu Mengenai Johan Ghazali (Jojo), Atlet Muay Thai Malaysia
Baca: Biodata Johan Ghazali (Jojo), Atlet Muay Thai Malaysia
Foto
Kredit foto: Instagram Miki Ghazali , TikTok Miki Ghazali , Facebook M Mikail Ghazali , Instagram Rentap Muay Thai Gym
Video
Kredit video: [PAHLAWAN CHAMPIONSHIP 2025] SUPER FIGHT MIKI GHAZALI VS SAID
Sumber:
1. Adik Jojo mula serlah potensi, ikut jejak langkah abang
2. Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
3. Miki Ghazali lebih gila-gila di medan pertarungan
4. Miki sedia ikut jejak Jojo ke ONE Championship
5. Johan Juara Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022
8. Jojo Sebenarnya Asal Daripada Mana?? | Jojo'S First Ever Youtube Video
9. Tiga beradik tawan gelanggang antarabangsa
10. Facebook Rentap Muay Thai Gym