Kredit foto: Instagram Bell Ngasri , Facebook Bell Ngasri , Instagram Darling Ngasri , Facebook Anne Ngasri

     

Bell Ngasri merupakan seorang figura seni yang tidak asing lagi dan amat sinonim dengan watak viralnya, Barkoba.

       

tinggi bell ngasri

Kredit foto: Instagram Bell Ngasri

        

Baru-baru ini beliau telah menerima anugerah trofi Bintang Paling Popular di acara hiburan berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-35 (ABPBH35).

         

kereta bell ngasri

Kredit foto: Instagram Bell Ngasri

        

Berikut biodata dan fakta menarik tentang artis yang dikenali dengan bakat serba boleh ini.

         

Biodata

Nama sebenar: Nasrizal bin Ngasri

Nama komersial: Bell Ngasri, Bell, Nasrizal Ngasri

Umur: 43 tahun (2023)

Tarikh lahir: 30 Ogos 1980

Tempat lahir / Asal: Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Keluarga: Anak ketiga daripada enam orang adik beradik

Pendidikan: Diploma Penyiaran dari Media Intergrative Institute Malaysia (MIIM)

Pekerjaan: Pelakon, Pelawak, Pengacara

Instagram (IG): @bellngasriofficial

        

Latar Belakang

1. Bell adalah anak kepada pasangan penyiar dan pelakon, Ngasri Sain (bapa) dan Habibah Jaafar (ibu). Dia juga merupakan abang kepada aktres terkenal, Nasreen Ngasri (Darling Ngasri) dan Naszriah Ngasri (Anne Ngasri). Selain dari Bell, Darling dan Anne, seorang lagi abang mereka, Naszeli Ngasri atau lebih dikenali sebagai Boy Ngasri, juga merupakan seorang pelakon pada era 80-an dan 90-an.

2. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik lain, iaitu seorang kakak bernama Nasliza Ngasri dan seorang adik perempuan bernama Nassuhada Ngasri. Nassuhada Ngasri merupakan seorang "anak istimewa".

3. Bapanya, Ngasri Sain, adalah seorang legenda dalam bidang penyiaran RTM kerana pernah berkhidmat sebagai juruhebah. Terkenal dengan suara emasnya, Ngasri juga pernah bergelar pengacara termasuk suara latar iklan yang popular di radio dan stesen TV pada suatu masa dahulu.

4. Bell, Anne dan Darling mula mengorak langkah dalam bidang seni sebagai pelakon iklan pada tahun 1988 sebelum bakat mereka dihidu oleh penerbit drama dari saluran RTM dan TV3. Kini, mereka telah menghiasi skrin televisyen dengan lebih daripada 200 buah drama semenjak usia kanak-kanak.

5. Ibu mereka, Habibah, merupakan salah seorang sokongan utama dalam karier seni mereka, kerana dia yang menguruskan jadual sesi penggambaran dan juga pendidikan kepada mereka.

6. Bell mencuri tumpuan ramai dalam beberapa filem popular yang menggegarkan pawagam, termasuklah 18 Puasa Di Kampong Pisang, Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali dan Showtime 1958.

7. Penglibatannya dalam dunia drama pula meliputi siri KL Menjerit The Series, Misteri Jenazah, Kampong Pisang Bersiri-siri, Geng Daddy Daddy, Presiden Kampung Morten, Misi Seramedi, Muzium Misteri, Shah & Zam, Bedah Vs Joyah, Mem & Bibik Bibik dan banyak lagi. Selain itu, beliau turut beraksi dalam telefilem-telefilem seperti Pa'e, Demi, Kaki Kipas, 16 Puasa dan 17 Puasa.

8. Pada usia 31 tahun, Bell membuat keputusan untuk menyertai program yang menonjolkan bakat pelawak di pentas, Maharaja Lawak Mega (MLM) 2011 yang disiarkan di Astro. Beliau meneruskan penyertaannya dalam pertandingan itu untuk edisi ke 2014, 2016, 2019 dan 2021. Akhirnya, menerusi kumpulan Tobat, beliau berjaya meraih kemenangan di kedudukan tempat kelima semasa menjadi finalis pada peringkat akhir Maharaja Lawak Mega 2021.

9. Pengacaraan juga merupakan sebahagian daripada kerjaya seni Bell, dan beliau telah mengelolakan beberapa program TV seperti Diari Anak Seni, 3 Hari Dua Balam dan Hijrahkan Laguku.

10. Pengiktirafan dan pencapaian dalam dunia hiburan telah menguatkan reputasi Bell sebagai anak seni yang berbakat. Beliau telah dianugerahkan trofi Aktor Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 1998, Aktor Versatil Pilihan Malaysia di Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2022 dan Anugerah Khas di Malam Healing ERA 2023. Pengiktirafan terkini adalah penerimaan trofi Bintang Paling Popular dan Artis Komedi Popular di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35).

11. Bell berkahwin dengan wanita pilihannya, Nur Farhana binti Mahamad Fauri, yang juga merupakan seorang penulis skrip pada tahun 2007. Sehingga kini, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Nasfazril yang berusia 15 tahun, Nasfarisya 13 tahun dan Nasfazira, lapan tahun. Nur Farhana juga lebih dikenali dengan nama Sha atau Syasya dalam kalangan penggiat seni.

12. Pernah berlaku Farhana bercerai dengan Bell pada tahun 2008, namun mereka kemudiannya mengambil tindakan rujuk semula.

        

Fakta Menarik

1. Barkoba merupakan watak yang paling dikenang oleh ramai dalam lakonan Bell, di mana karakternya tidak berpuasa dan suka curi-curi makan di hutan atau di sungai yang jauh dari pandangan mata orang kampung. Watak ini dipersembahkan dalam filem-filem seperti 18 Puasa Di Kampong Pisang, Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali dan juga dalam drama Kampong Pisang Bersiri-siri.

2. Tidak hanya itu, Bell turut menjadi tular kerana pembabitannya dalam video-video parodi yang merujuk kepada isu-isu semasa viral dalam segmen program "Meletop" di Astro Ria. Penampilannya dalam video muzik kumpulan popular, Floor 88, menerusi lagu 24434 pada tahun 2022 juga telah mencuri perhatian dan bualan ramai.

3. Salah satu iklan yang menjadi ikonik dan diingati oleh peminat ialah lakonan beliau pada usia lima tahun dalam iklan jenama Trojan, di mana beliau beraksi bersama bapanya, Ngasri Sain.

4. Baru-baru ini, Bell telah berkongsi cerita tentang usaha ibunya yang dahulu membawa beliau dan adik-beradik lain menaiki bas untuk pergi ke lokasi penggambaran, ketika mereka masih kecil. Sewaktu itu, keluarga mereka tidak memiliki kenderaan sendiri, jadi ibu mereka dengan penuh gigih berusaha agar anak-anaknya tidak terlepas peluang untuk mencapai impian dalam bidang seni.

        

Baca: Biodata Farhana Fauri, Isteri Kepada Pelakon Bell Ngasri

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Ngasri Sain, Bapa Kepada Pelakon Bell Ngasri

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Darling Ngasri, Adik Kepada Bell Ngasri

       

Gambar

adik beradik bell ngasri 172

umur bell ngasri

bell ngasri 917

nasrizal ngasri 452

Faktor ketinggian tidak menjadi penghalang Bell untuk mengecapi kejayaan sebagai selebriti

isteri bell ngasri

Bell bersama isterinya

ayah bell ngasri 821

darling ngasri 928

ngasri sain 740

Bersama bapa dan abang

anne ngasri 543

Ibu Bell

bapa bell ngasri

bell ngasri cerai

Di sisi isteri dan anak-anak

shaheizy sam bell ngasri

Jumlah undian tinggi membawa kepada kemenangan kategori utama, Bintang Paling Popular buat Bell di ABPBH 35. Kredit foto: Instagram Bell Ngasri , Facebook Bell Ngasri , Instagram Darling Ngasri , Facebook Anne Ngasri

       

Video

Kredit video: "Ibu saya dah 5 hari sedih"- Bell Ngasri | Pagi On Point Kool 101

       

Sumber:

1. Setia ‘Support’ Kerjaya Suami, Farhana Isteri Bell Ngasri Ini Penulis Skrip & Ibu 3 Anak!

2. Saya tidak cari kekayaan dengan seni – Bell Ngasri

3. Selebriti bercerai: Yang misteri, rahsia dan pelik!

4. Darling teruskan legasi Ngasri Sain

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)