Oleh pada 13 Nov 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Konsert kesembilan All Stars Gegar Vaganza 2023 menyaksikan sambungan perjuangan 10 bintang yang bertanding.

Dengan tema "Duet 2.0", peserta diberi peluang untuk membawakan lagu-lagu duet bersama dengan bintang-bintang yang pernah mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan Astro.

Para penyanyi yang masih berperanan sebagai peserta adalah Siti Nordiana, Aliff Aziz (Singapura), Tomok (New Boyz), Jaclyn Victor, Azharina Azhar, Naqiu (Boboy), Hady Mirza (Singapura), Nikki Palikat, Liza Hanim dan Noryn Aziz.

Pilihan lagu-lagu tugasan yang akan menyemarakkan suasana acara ialah:

         

gegar vaganza 63692

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2023 (GV10) Minggu Kesembilan

1. Aliff Aziz & Zaki Yamani - Jampi (Hael Husaini)

2. Siti Nordiana & Amelina - Teringin (Shima)

3. Naqiu & Hazama - Samar Bayangan (Nicky Astria)

4. Jaclyn Victor & Nadeera Zaini - All I Ask (Adele)

5. Tomok & Black Hanifah - Tak Mungkin Berpaling (Slam)

6. Nikki Palikat & Ara Johari - Drama King (Meet Uncle Hussain & Black Hanifah)

7. Hady Mirza & Shiha Zikir - Kamu Yang Kutunggu (Rossa feat Afgan)

8. Liza Hanim & Noraniza Idris - Hati Kama (Noraniza Idris & Datuk Seri Siti Nurhaliza)

9. Azharina Azhar & Putera Muhammad - Ku Tak Bisa (Slank)

10. Noryn Aziz & Dia Fadila - Tegar (Rossa)

        

Pembukaan - Jihan Muse & Nabil Ahmad - Ada Gajah Dibalik Batu (Wali Band)

        

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Bad Indigo

Baca: Biodata Penyanyi Liza Hanim, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Cara Undi Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023 Musim 10 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10), Himpunan Juara!

         

Peserta dinilai oleh panel juri tetap yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Rancangan dimeriahkan dengan penampilan dua pengacara pentas utama, Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang menjadikan suasana acara semakin bertenaga.

Anda boleh menyaksikan acara secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ini di saluran Astro Ria (104).

Konsert Gegar Vaganza Musim 10 (GV10) atau Gegar Vaganza X akan berada dalam masa siaran setiap hari Ahad pukul 9 malam bermula 24 September 2023.

Penonton turut mempunyai akses kepada rancangan melalui pilihan kandungan di aplikasi Astro Go, Sooka dan platform On Demand di Astro Box.

Untuk maklumat mengenai format penjurian, hadiah yang ditawarkan dan butiran lengkap mengenai GV10, rujuk artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 10 (2023)

         

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 8

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)