Oleh pada 04 Oct 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

All Stars Gegar Vaganza 2023 menyediakan peluang kepada penonton untuk mengundi bintang kegemaran.

        

Anugerah Gegaran Generasi Juara

Untuk Anugerah Gegaran Generasi Juara yang dipersembahkan khas oleh Digi, peminat boleh melawat laman web https://voting.astro.com.my/anugerah-gegaran-generasi-juara

Sebelum memulakan proses mengundi, sila pastikan anda log masuk menggunakan akaun Astro atau Facebook anda. Selepas itu, anda akan diberikan 30 kredit secara automatik untuk undian setiap hari dari Isnin hingga Sabtu, dan 50 kredit undian pada hari Ahad.

Kredit yang tidak digunakan dalam minggu berkenaan akan dilupuskan dan tidak boleh dibawa ke minggu hadapan. Bagaimanapun, pada minggu seterusnya, pengundi akan diberi bekalan kredit undian yang baharu.

Undian akan dibuka pada setiap hari Ahad selepas tamatnya konsert GV dan ditutup pada Ahad minggu berikutnya pukul 6 petang. Pemenang anugerah ini akan diumumkan semasa konsert GV yang akan datang.

         

Bintang Cuckoo Paling Gempak

Untuk Bintang Cuckoo Paling Gempak pula, penonton boleh membuat undian di aplikasi X (sebelumnya dikenali sebagai Twitter).

Anda boleh mengundi bintang kegemaran anda dalam All Stars Gegar Vaganza dengan menaip #GV10 diikuti nama peserta, kemudian jarak dan sertakan #CUCKOOXGV10

Contohnya :-

       

#GV10KAKKEPOM #CUCKOOXGV10

        

Bintang yang meraih jumlah hashtag terbanyak bakal dianugerahkan sebagai pemenang.

        

Sebagai makluman, musim ke 10 All Stars Gegar Vaganza mempunyai 16 peserta yang tersenarai, termasuk penyanyi Ayai Illusi, Datuk Aishah, Zamani (Slam), Ezad Lazim (Exists), Liza Hanim, Siti Nordiana, Tomok (New Boyz), Naqiu (Boboy), Noryn Aziz, Azharina Azhar, Jaclyn Victor, Hady Mirza (Singapura), Aliff Aziz (Singapura), Nikki Palikat, Cliff Umar dan Suki Low.

Dalam kalangan mereka, sepuluh adalah bekas juara GV dari musim-musim terdahulu, sementara enam yang lain telah terpilih melalui tiket undian peminat untuk mengisi kerusi 'Hot Seat'.

Rancangan dimeriahkan dengan penampilan tiga pengacara pentas utama, Nabil Ahmad, Elly Mazlein dan Jihan Muse, yang menghidupkan suasana acara.

GV10 atau yang dikenali sebagai Gegar Vaganza X, dijalankan secara konsert di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengikut waktu tayangan yang dijadualkan pada setiap hari Ahad pukul 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104) bermula pada 24 September 2023.

Peminat juga boleh mengikuti GV10 secara dalam talian (online) melalui perkhidmatan penstriman yang disediakan oleh syarikat televisyen berbayar itu, iaitu aplikasi Astro Go dan Sooka, serta platform On Demand di Astro Box.

Untuk maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh mengenai GV 10, rujuk artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 10 (2023)

       

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Ayai Illusi, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Star Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10), Himpunan Juara!

                 

gegar vaganza 90105

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 2

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)