Kredit foto: Instagram Liza Hanim , Facebook Liza Hanim , Facebook Liza Hanim LH Unique

       

Biodata

Nama sebenar: Haliza Hanim binti Abd Halim

Nama komersial: Liza Hanim

Umur: 44 tahun (2023)

Tarikh lahir: 19 November 1979

Tempat lahir / Asal: Klang, Selangor, Malaysia

Keluarga: Abdul Halim Abdul Razak (bapa), Badariah Hanum (ibu)

Pendidikan: Diploma Pengurusan Perniagaan, Universiti Sunway

Pekerjaan: Penyanyi, Pelakon, Penulis Lagu, Ahli Perniagaan

Instagram (IG): @lizahanim79

        

Latar Belakang

1. Beliau merupakan anak kepada pasangan Abdul Halim Abdul Razak (bapa) dan Badariah Hanum (ibu).

2. Beliau menjalani kerjaya sebagai penyanyi dan pelakon dalam dunia hiburan sejak tahun 1996.

3. Bakatnya ditemui pada 22 Disember 1996 dalam pertandingan nyanyian Golden Teen Search anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), yang mengiktirafnya sebagai naib juara ketika usianya baru 17 tahun.

4. Kemenangan tersebut mengundang minat syarikat rakaman Suria Records yang kemudian menyunting beliau menjadi artis rakaman. Bakat beliau berkembang sebagai anak didik kepada komposer terkenal Adnan Abu Hassan - yang memainkan peranan dalam memperkenalkan penyanyi hebat negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, kepada dunia hiburan.

5. Di samping Siti Nurhaliza, beliau juga berkongsi kemasyhuran dengan rakan-rakan seni terkenal zaman 2000-an, antaranya Jaclyn Victor, Misha Omar, Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana dan Siti Sarah Raissuddin.

6. Dalam perjalanan kerjayanya sebagai penyanyi, beliau telah merakamkan lagu-lagu popular seperti Getaran Cinta Di Jiwa, Siapa Sangka Siapa Menduga, Dunia Cinta, Cintailah Aku Sepenuh Jiwa, Ku Idamkan Rindu, Antara Kita, Andainya Aku Bersuara, Kata Hati, Gelisah Mimpi, Kerana Terlalu Mencintaimu, Jatuh Cinta, Merawat Luka Terpendam dan Bahagiakan Dia (duet bersama Shila Amzah).

7. Album-album studio yang dihasilkannya ialah Epilog (1997), Di Mana Kan Ku Cari Ganti (1998), Puteri Jelmaan (1999), Istimewa (2000), Isyarat Jiwa (2001), Ku Teruskan (2003) dan Imagin (2007).

8. Penglibatan dalam industri lakonan merangkumi drama My Coffee Prince dan telefilem Serunding serta Glamor Aidilfitri.

9. Filem-filem yang pernah dia sertai di layar lebar termasuklah KL Menjerit dan Laila Isabella. Pembabitannya di pentas teater pula menerusi pementasan P. Ramlee The Musical.

10. Sehingga kini dalam kerjaya industri hiburan, Liza telah mencapai kejayaan dengan memenangi pelbagai anugerah, iaitu kemenangan sebagai juara dalam pertandingan Bintang Penghibur HMI 1999, Anugerah Piala Perak di Festival Muzik Shanghai 2000, Bakat Baru Pelakon di Anugerah Personaliti Media Hiburan 2002, Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke 17 (2003) menerusi lagu "Gelisah Mimpi", Video Muzik Pilihan di Anugerah Era 2004 menerusi lagu "Ku Teruskan", Naib Juara Gegar Vaganza Musim 4 (2017), Tempat Ketiga The Masked Singer Malaysia Musim 2 (2022) menerusi maskot Orkid, Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu dan Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama di Anugerah Industri Muzik ke 23 (2022) menerusi lagu "Bahagiakan Dia" (bersama Shila Amzah).

11. Pada Mei 2005, khidmatnya telah digunakan sebagai mentor kepada peserta Dewi Liana Seriestha dalam musim pertama pertandingan realiti, Mentor.

12. Pada tahun 2017, beliau mengambil peluang untuk bersaing dengan nama-nama besar dalam industri muzik iaitu Datuk Aishah, Hazami, Tia (vokalis Jinbara), Aqasha, Haida, Ferhad, Raja Azura, Elyana, Syura, Lan Solo (bekas vokalis kumpulan Kristal) dan Firman, sebagai peserta dalam pertandingan realiti nyanyian Gegar Vaganza Musim 4.

13. Menerusi undian 'hot seat', namanya kembali dipertaruhkan sebagai salah seorang daripada 16 peserta yang berentap, dalam All Stars Gegar Vaganza Musim 10, bersama dengan Siti Nordiana, Naqiu (Boboy), Jaclyn Victor, Zamani (Slam), Datuk Aishah, Tomok (New Boyz), Ezad Lazim (Exists), Ayai Illusi, Hady Mirza (Singapura), Noryn Aziz, Aliff Aziz (Singapura), Azharina Azhar, Nikki Palikat, Suki Low dan Cliff Umar.

14. Beliau berkahwin pada 21 Mac 2003 dengan Mohamed Shahrin Samsudin atau dikenali sebagai Shah, yang merupakan penyanyi daripada kumpulan Indigo. Mereka sebelumnya bertunang pada 6 Mei 2002. Perkongsian hidup mereka dianugerahkan dengan kelahiran lima orang anak, iaitu dua perempuan dan tiga lelaki; Marsya Qistina, Marissa Qaireen, Mohamed Salahuddin, Mohamed Ibrahim dan Mohamed Al Fateh.

       

Fakta Liza Hanim

1. Bapa mentuanya, Mohamed Samsudin Tahir, iaitu bapa kepada Shahrin, telah kembali ke rahmatullah pada 9 Mei 2019. Manakala bapa Liza, Abd Halim Abd Razak, meninggal dunia pada 21 Jun 2019 di usia 73 tahun atas dugaan penyakit kanser paru-paru. Diikuti oleh ibu mentuanya, Wan Faizah Mohamed Ali yang menghembuskan nafas terakhir pada 3 Mei 2022.

2. Dua anak perempuannya, Marsya Qistina dan Marissa Qaireen, mewarisi bakat dalam bidang nyanyian yang sama seperti yang dimiliki oleh Liza dan suaminya.

         

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Ayai Illusi, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

        

Foto

adik beradik liza hanim

liza hanim muda

shah indigo liza hanim

all stars gegar vaganza

umur liza hanim

suami liza hanim

anak liza hanim

liza hanim gegar vaganza

gegar vaganza all star 838

gegar vaganza 2023 588

Liza merupakan antara bekas peserta Gegar Vaganza Musim 4 (GV4)

lagu liza hanim

gegar vaganza 884

liza hanim

all star gegar vaganza 2023

Kredit foto: Instagram Liza Hanim , Facebook Liza Hanim , Facebook Liza Hanim LH Unique

      

Video

Kredit video: NONA | Artis Throwback: Liza Hanim

       

Senarai Pemenang Juara Gegar Vaganza

GV1 / Musim 1 (2014) - Ayai Illusi

GV2 / Musim 2 (2015) - Siti Nordiana

GV3 / Musim 3 (2016) - Azharina Azhar

GV4 / Musim 4 (2017) - Aishah

GV5 / Musim 5 (2018) - Noryn Aziz

GV6 / Musim 6 (2019) - Naqiu (Boboy) & Hady Mirza

GV7 / Musim 7 (2020) - Cliff Umar

GV8 / Musim 8 (2021) - Aliff Aziz

GV9 / Musim 9 (2022) - Jaclyn Victor

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)