Oleh pada 02 Oct 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Bagi konsert ketiga All Stars Gegar Vaganza 2023, 14 peserta akan meneruskan perjalanan mereka dalam peringkat ini.

Minggu ini istimewa dengan tema 'Putar Kanan Kiri' yang akan diterapkan dalam setiap lagu yang akan dinyanyikan oleh para penyanyi.

Dalam menjalankan tugas persembahan, mereka bakal mempersembahkan genre lagu yang di luar zon selesa masing-masing.

Sekumpulan penyanyi ulung yang akan menempuh nasib mereka, termasuk Siti Nordiana, Zamani (Slam), Ezad Lazim (Exists), Hady Mirza (Singapura), Datuk Aishah, Jaclyn Victor, Naqiu (Boboy), Ayai Illusi, Tomok (New Boyz), Aliff Aziz (Singapura), Azharina Azhar, Liza Hanim, Nikki Palikat dan Noryn Aziz.

Berikut adalah senarai lagu yang akan para peserta bawakan.

         

gegar vaganza 38258

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

          

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2023 (GV10) Minggu Ketiga

1. Zamani- Yang Sedang Sedang Saja (Iwan)

2. Siti Nordiana - Temberang (Ayda Jebat)

3. Hady Mirza - Lemak Manis (Roslan Madun)

4. Aishah - Pematah Hati (Nabila Razali)

5. Naqiu - Santai (Faizal Tahir)

6. Jaclyn Victor - Bole Chudiyan (Sonu Nigam, Udit Narayan, Alka Yagnik, Amit Kumar, Kavita Krishnamurthy)

7. Nikki Palikat - Canggung (Wany Hasrita)

8. Ayai Illusi - Donde (Andi Bernadee)

9. Noryn Aziz - Kemelut Di Muara Kasih (Ziana Zain)

10. Tomok - Cinta Tak Keruan (Amigos)

11. Liza Hanim - Pantun Janda (Ami Hadi Mahdami)

12. Aliff Aziz - Kasih (Hetty Koes Endang)

13. Azharina Azhar - Sayang Di Sayang (Rubiah)

14. Ezad Lazim- Zapin Rindu-Rinduan (Sheqal)

          

Lagu Pembukaan - Nabil Ahmad, Elly Mazlein & Jihan Muse - Sayunk I Love You (Chombi)

          

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 All Stars Gegar Vaganza 2023 (Musim 10)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Ayai Illusi, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10), Himpunan Juara!

          

Bagi musim baru ini, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat akan terus berperanan sebagai juri tetap dan pengkritik mingguan.

Suasana acara dihidupkan dengan aksi tiga pengacara pentas utama, iaitu Nabil Ahmad, Elly Mazlein dan Jihan Muse yang memeriahkan lagi rancangan.

GV10 atau dikenali sebagai Gegar Vaganza X, diadakan dalam bentuk konsert di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk memenuhi jadual siaran setiap hari Ahad pada pukul 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104) bermula pada 24 September 2023.

Peminat juga boleh menonton GV10 secara dalam talian (online) melalui perkhidmatan penstriman yang disediakan oleh syarikat televisyen berbayar itu, iaitu aplikasi Astro Go dan Sooka, serta platform On Demand di Astro Box.

Untuk maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan butiran terperinci berkenaan GV10, rujuk artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 10 (2023)

          

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 2

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)