Kredit foto: Instagram Azharina Azhar

       

Biodata

Nama penuh: Azharina binti Azhar

Nama komersial: Azharina Azhar

Umur: 38 tahun (2023)

Agama: Islam

Tarikh lahir: 11 Mac 1985

Tempat lahir / Asal: Kota Kinabalu, Sabah

Keluarga: Anak sulung daripada empat orang adik beradik

Status: Ibu tunggal kepada dua orang anak angkat

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Kerjaya: Penyanyi, Penulis Lagu, Penerbit, Ahli Perniagaan

Instagram (IG): @azharina_a

        

Latar Belakang

1. Mula menceburi arena hiburan sejak tahun 2001 - pada usia yang baru mencecah 16 tahun dan masih belum menamatkan pengajian - beliau memulakan kerjayanya menerusi pertandingan Bintang RTM (Radio Televisyen Malaysia) pada tahun yang sama. Beliau pantas mencuri tumpuan apabila dinobatkan sebagai juara, ketika itu, bersaing dengan peserta-peserta hebat yang rata-ratanya kini merupakan nama-nama besar dalam industri hiburan, seperti Misha Omar, Siti Sarah Raisuddin, Asmidar, Farawahida dan Amir Mahiyidin (Ameer Sofazr).

2. Dengan beberapa album studio yang menggunakan judul Azharina dan Nina, koleksi lagu-lagu popular sepanjang masanya termasuklah karya-karya hebat seperti Seandainya, Elegi Sepi dan Rawan.

3. Program realiti Gegar Vaganza 3 (GV3) menjadi titik permulaan baginya untuk kembali bersinar dalam arena seni suara pada 2016, di mana beliau berjaya menjadi juara dalam musim itu yang turut disaingi oleh 11 penyanyi terkemuka lain, iaitu Siti Sarah, Elly Mazlein, Nora Ariffin, Zur Eda, Intan Sarafina, Ameng Spring, Zarul Umbrella, Rem, Gmie Screen, Shidi Data dan Razis Ismail.

4. Tidak hanya itu, beliau turut berjaya meraih penghargaan lain, termasuk kemenangan dalam kategori Lagu Pop Pilihan di Anugerah Era 2005 menerusi lagu Elegi Sepi dan memenangi tempat kedua dalam pertandingan Hits 1 dengan lagu yang sama.

        

Fakta Menarik

1. Azharina mendapat pendidikan di Sekolah Menengah (SM) Stella Maris, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.

2. Ramai yang tidak tahu bahawa bakat seninya diwarisi daripada datuknya, seorang penyanyi lagu asli terkenal di negeri di bawah bayu tersebut.

3. Beliau juga mempunyai seorang bapa angkat bernama Hamidi, yang mengambilnya sebagai anak angkat sejak beliau berusia 18 tahun.

4. Penyanyi yang digelarkan sebagai "Queen Of Soul" ini pernah menyertai sebanyak 108 buah pertandingan nyanyian dan berjaya meraih kemenangan sebanyak 105 daripadanya.

5. Pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dari Kelantan, Datuk Shukri Mohamed pada 2005, namun kemudian bercerai pada 2008. Perkahwinan itu bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.

6. Pada Disember 2017, majlis pernikahannya bersama seorang usahawan berstatus duda telah dibatalkan pada saat-saat terakhir atas sebab-sebab yang tidak dikongsikan.

7. Azharina mempunyai dua orang anak angkat lelaki yang masih di bawah jagaannya hingga hari ini, iaitu Rahmat Azharin Aziz dan Redha Azharin Azhar.

8. Namun, seorang lagi anak angkat beliau yang diberi nama Rizqie Azharin Azhar telah meninggal dunia pada Mac 2017, ketika berusia hampir sebulan, akibat komplikasi pelbagai penyakit yang tidak dapat diselamatkan.

9. Beliau mula mengenakan tudung pada 2019 selepas mengalami ujian penyakit yang hampir membuatkan beliau lumpuh.

10. Selain daripada memberi tumpuan kepada kerjaya seni yang menjadi minatnya, beliau juga mengendalikan beberapa perniagaan yang masih aktif hingga kini.

11. Perkembangan terbaru, beliau telah menerima cabaran untuk tampil di Gegar Vaganza (GV) All Stars 2023 bersama-sama dengan para penyanyi hebat, termasuk bekas juara dari sembilan musim sebelumnya iaitu Datuk Aishah, Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Naqiu, Aliff Aziz, Noryn Aziz, Cliff Umar, Ayai Ilusi dan Hady Mirza.

        

Baca: Biodata Penyanyi Liza Hanim, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Info Penuh Program Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Ayai Illusi, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat, Cara Undian Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10) Di Gempak

        

Konsert All Stars Gegar Vaganza 2023 bakal menemui penonton secara langsung dari Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) bermula pada 24 September 2023.

       

Foto

azharina azhar wikipedia

Azharina di samping ibunya

azharina azhar umur

suami azharina azhar

anak azharina

gegar vaganza 2023 64793

Azharina juga mesra dengan nama manjanya Nina

peserta gegar vaganza 2023 86792

all stars gegar vaganza 13602

gegar vaganza 10 17165

azharina

gegar vaganza all star 57963

azharina azhar kahwin

azharina azhar

gegar vaganza 05795

undi gegar vaganza 54592

gegar vaganza hot seat 31254

Kredit foto: Instagram Azharina Azhar

         

Video

Kredit video: Elegi Sepi

        

Senarai Pemenang Gegar Vaganza (GV)

GV1 / Musim 1 (2014) - Ayai Illusi

GV2 / Musim 2 (2015) - Siti Nordiana

GV3 / Musim 3 (2016) - Azharina Azhar

GV4 / Musim 4 (2017) - Aishah

GV5 / Musim 5 (2018) - Noryn Aziz

GV6 / Musim 6 (2019) - Naqiu (Boboy) & Hady Mirza

GV7 / Musim 7 (2020) - Cliff Umar

GV8 / Musim 8 (2021) - Aliff Aziz

GV9 / Musim 9 (2022) - Jaclyn Victor

         

Sumber:

1. Tiada masa meratap...

2. Takkan nak tengok bekas isteri dan anak hidup susah – Azharina Azhar

3. Doakan perubahan saya ini berkekalan - Azharina

4. Malam ini saya agak emosi: Azharina Azhar

5. Instagram Azharina Azhar

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)