Oleh pada 16 Oct 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Konsert kelima All Stars Gegar Vaganza 2023 menyaksikan kesinambungan perjuangan 13 bintang yang bertanding.

Dalam tema "Misteri", penyanyi bakal memeriahkan pentas dengan lagu-lagu yang berunsurkan mistik dan berhantu.

Barisan peserta yang masih mengambil bahagian ialah Siti Nordiana, Tomok (New Boyz), Liza Hanim, Jaclyn Victor, Zamani (Slam), Ezad Lazim (Exists), Hady Mirza (Singapura), Naqiu (Boboy), Ayai Illusi, Noryn Aziz, Aliff Aziz (Singapura), Nikki Palikat dan Azharina Azhar.

Ini adalah senarai lagu yang akan mengisi pentas pertandingan pada hujung minggu ini.

        

gegar vaganza 69025

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2023 (GV10) Minggu Kelima

1. Liza Hanim - Kembali Terang (Marsha Milan Londoh)

2. Naqiu - Hakikat Sebuah Cinta (Iklim)

3. Jaclyn Victor - Perpisahan (Anuar Zain)

4. Zamani - Mahakarya Cinta (Faizal Tahir)

5. Siti Nordiana - Ngajat Tampi (Noraniza Idris)

6. Hady Mirza - Biru Mata Hitamku (Wings)

7. Noryn Aziz - Asmara (Anneke Gronloh)

8. Aliff Aziz - Penghujung Rindu (Datuk Jamal Abdillah)

9. Ezad Lazim - Pada Syurga Di Wajahmu (Nash)

10. Ayai - Pusara Di Lebuhraya (Ekamatra)

11. Tomok - Biarlah Rahsia (Dato Seri Siti Nurhaliza)

12. Nikki Palikat - Depresi (Iamneeta)

13. Azharina Azhar - Ku Intai Cinta Dalam Rahsia (Jeslina Hashim)

        

Lagu Pembukaan - Nabil Ahmad & Jihan Muse - Malampagi (Saixse)

       

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 All Stars Gegar Vaganza 2023 (Musim 10)

Baca: Cara Undi Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023 Musim 10 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Ayai Illusi, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10), Himpunan Juara!

         

Dalam musim terkini ini, juri tetap yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat diberikan kepercayaan untuk menilai peserta.

Program disulam dengan kehadiran dua pengacara utama, Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang memberikan lagi keceriaan kepada penonton.

Konsert GV10 atau dikenali sebagai Gegar Vaganza X, dianjurkan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengikut jadual tayangan yang ditetapkan pada setiap hari Ahad pukul 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104) mulai 24 September 2023.

GV10 yang berlangsung dalam format konsert mingguan boleh ditonton secara dalam talian (online) melalui aplikasi Astro Go dan Sooka, dan juga menerusi platform On Demand di Astro Box.

Untuk butiran mengenai format penjurian, hadiah yang ditawarkan dan maklumat terperinci mengenai GV10, rujuk artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 10 (2023)

         

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 4

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)