Oleh pada 09 Oct 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

Konsert keempat All Stars Gegar Vaganza 2023 menyaksikan 14 peserta diberi peranan untuk membawakan lagu-lagu duet bersama artis jemputan.

Cabaran konsert GV di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad ini dengan tema 'Berdua Bersatu' akan disempurnakan oleh penyertaan penyanyi

Siti Nordiana, Naqiu (Boboy), Liza Hanim, Aliff Aziz (Singapura), Datuk Aishah, Jaclyn Victor, Zamani (Slam), Ezad Lazim (Exists), Hady Mirza (Singapura), Tomok (New Boyz), Ayai Illusi, Azharina Azhar, Noryn Aziz dan Nikki Palikat.

Senarai berikut adalah lagu-lagu yang akan berkumandang di gelanggang pertandingan pada hujung minggu ini.

        

gegar vaganza 96363

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2023 (GV10) Minggu Keempat

1. Zamani & Jamal Abdillah - Aku Penghibur (Jamal Abdillah)

2. Ayai & Datuk M.Nasir - Raikan Cinta (Datuk M Nasir)

3. Liza Hanim & Ziana Zain - Madah Berhelah (Ziana Zain)

4. Ezad Lazim & Mamat Exists - Untukmu Ibu (Exists)

5. Siti Nordiana & Amir Masdi - Ada Apa Dengan Cinta (Melly Goeslaw & Eric)

6. Hady Mirza & Marsha Milan Londoh - Tentang Rahsia (Judika & Shila Amzah)

7. Naqiu & Misha Omar - Aku Dan Dirimu (Ari Lasso & Bunga Citra Lestari)

8. Jaclyn Victor & Idayu AF - Dialah Di Hati (Dato Seri Siti Nurhaliza)

9. Noryn Aziz & Liza Aziz - I’m Every Woman (Chaka Khan)

10. Aishah & Vince - Terlanjur Cinta (Rossa & Pasha Ungu)

11. Azharina Azhar & Azmi Saat - Pupus (Dewa 19)

12. Aliff Aziz & Aisyah Aziz - If I Ain't Got You (Alicia Keys)

13. Tomok & Stacy - Menggegar Dunia (Adam & Stacy)

14. Nikki Palikat & Wani Kayrie - Tak Tercapai Akalmu (Elyana)

        

Lagu Pembukaan - Nabil Ahmad, Elly Mazlein & Jihan Muse - Berdua Bersatu (Forteen)

        

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 3 All Stars Gegar Vaganza 2023 (Musim 10)

Baca: Cara Undi Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023 Musim 10 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Ayai Illusi, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10), Himpunan Juara!

        

Musim baru ini, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat akan terus beraksi sebagai juri tetap.

Acara dimantapkan lagi dengan aksi penampilan tiga pengacara pentas utama, iaitu Nabil Ahmad, Elly Mazlein dan Jihan Muse yang meriuhkan suasana rancangan.

Edisi istimewa yang dikenali sebagai 'All Stars Gegar Vaganza' atau 'Gegar Vaganza X' tersebut memanaskan malam minggu penonton pada setiap hari Ahad, bermula pada 24 September 2023, pukul 9 malam secara langsung di Astro Ria (saluran 104).

GV10 dalam rangkaian konsert mingguan, juga tersedia untuk ditonton secara dalam talian (online) melalui aplikasi Astro Go dan Sooka, serta platform On Demand di Astro Box.

Untuk maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan butiran terperinci berkenaan GV10, rujuk kepada artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 10 (2023)

        

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 3

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)