Oleh pada 23 Oct 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Konsert keenam All Stars Gegar Vaganza 2023 bakal menyaksikan babak seterusnya dalam perjuangan 12 bintang yang bertanding.

Dengan tema "No Retreat, No Surrender", pada kali ini mereka diberi kepercayaan untuk membawakan lagu-lagu yang dipilih oleh netizen.

Peserta yang masih aktif dalam pertandingan adalah Siti Nordiana, Naqiu (Boboy), Tomok (New Boyz), Zamani (Slam), Liza Hanim, Jaclyn Victor, Hady Mirza (Singapura), Ezad Lazim (Exists), Nikki Palikat, Azharina Azhar, Aliff Aziz (Singapura) dan Noryn Aziz.

Gelanggang pertandingan bakal dihangatkan dengan lagu-lagu daripada senarai berikut.

        

gegar vaganza 41290

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2023 (GV10) Minggu Keenam

1. Liza Hanim - Rembulan (Kris Dayanti)

2. Naqiu - Bernafas Dalam Lumpur (Wings)

3. Siti Nordiana - Cinta Tersimpul Rapi (Anis Suraya)

4. Tomok - Episod Cinta (Boboy)

5. Jaclyn Victor - Bencinta (Faizal Tahir)

6. Zamani - Kau Pergi Jua (Adam Ahmad)

7. Hady Mirza - Hati (Hael Husaini)

8. Azharina Azhar - Bilang Saja (Agnes Monica)

9. Noryn Aziz - Seribu Impian (Casey)

10. Nikki Palikat - Cinta Dalam Hati (Ungu)

11. Ezad Lazim - Pria Terhebat (Sheila On 7)

12. Aliff Aziz - Arjuna (Dewa 19)

        

Lagu Pembukaan - Jihan Muse - Wannabe (Spice Girls) & Nabil Ahmad - I Want It That Way (Backstreet Boys)

        

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 All Stars Gegar Vaganza 2023 (Musim 10)

Baca: Cara Undi Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023 Musim 10 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Ayai Illusi, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10), Himpunan Juara!

        

Musim ini, juri tetap yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat diteruskan sebagai panel penilai peserta.

Dua pengacara pentas utama, Nabil Ahmad dan Jihan Muse juga hadir untuk menghiburkan penonton dan memeriahkan program tersebut.

Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi ruang tempat Konsert GV10, juga dikenali sebagai 'Gegar Vaganza X' berlangsung, pada setiap hari Ahad pukul 9 malam dan disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) bermula 24 September 2023.

Ia juga tersedia sebagai konten di aplikasi Astro Go, Sooka serta platform On Demand di Astro Box, untuk pilihan dalam talian (online) yang lebih fleksibel.

Untuk maklumat mengenai format penjurian, hadiah yang ditawarkan dan butiran lengkap mengenai GV10, rujuk artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 10 (2023)

       

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 5

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)