Oleh pada 06 Nov 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

Konsert kelapan All Stars Gegar Vaganza 2023 bakal meneruskan perjuangan 10 bintang yang bersaing.

Dalam episod ini yang mengambil tema "lagu-lagu di luar keselesaan peserta", mereka diberi kepercayaan untuk membawakan lagu-lagu tugasan yang dipilih oleh Datuk Ramli MS, yang tidak sejajar dengan genre muzik kebiasaan mereka.

10 peserta menyertai cabaran tema ini, termasuk Siti Nordiana, Naqiu (Boboy), Hady Mirza (Singapura), Liza Hanim, Jaclyn Victor, Nikki Palikat, Azharina Azhar, Tomok (New Boyz), Aliff Aziz (Singapura) dan Noryn Aziz.

Ahad ini akan dimeriahkan dengan deretan lagu yang telah ditetapkan, iaitu seperti berikut:-

          

gegar vaganza 86932

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2023 (GV10) Minggu Kelapan

1. Hady Mirza - Gila Judi (M. Daud Kilau)

2. Siti Nordiana - Baby One More Time (Britney Spears)

3. Jaclyn Victor - Hatinya Tak Tahan (Noraniza Idris)

4. Aliff Aziz - Cik Mek Molek (M. Daud Kilau)

5. Azharina Azhar - Ya Maulai (Siti Nurhaliza)

6. Nikki Palikat - Semakin Rindu Semakin Asyik (Amelina)

7. Liza Hanim - Ayam (Jalil Hamid)

8. Naqiu - Kuda Hitam (Hetty Koes Endang)

9. Tomok - Apa Dah Jadi (SM Salim)

10. Noryn Aziz - Kerana Pengalaman (Zaleha Hamid)

       

Pembukaan - Jihan Muse & Nabil Ahmad- The Lion Sleeps Tonight (The Tokens)

        

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Bad Indigo

Baca: Biodata Penyanyi Liza Hanim, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Cara Undi Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023 Musim 10 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10), Himpunan Juara!

       

Mereka akan diberi penilaian oleh juri tetap yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Program turut dimeriahkan dengan kehadiran dua pengacara pentas utama, iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang mencipta suasana ceria dalam acara tersebut.

Saluran Astro Ria (104) menghantar siaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ke layar kaca penonton.

Konsert GV10 atau Gegar Vaganza X ini ditetapkan tayangannya pada setiap hari Ahad pukul 9 malam bermula 24 September 2023.

Rancangan boleh diakses dalam talian (online) melalui aplikasi Astro Go, Sooka dan platform On Demand di Astro Box.

Untuk rujukan mengenai format penjurian, hadiah yang ditawarkan dan butiran lanjut mengenai GV10, rujuk artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 10 (2023)

         

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 7

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)