Kredit foto: Instagram Bad Indigo

      

Biodata

Nama penuh: Badrul Izhan bin Yeop Abdullah

Nama komersial: Bad Indigo

Umur: 48 tahun (2023)

Tarikh lahir: 13 Oktober 1975

Meninggal dunia: 26 Oktober 2023

Asal: Kuala Lumpur

Keluarga: Yeop Abdullah (bapa) dan Sharizan Abdul Ghani (ibu)

Pekerjaan: Penyanyi, Pegawai Pemasaran Di Bengkel Kereta

Instagram (IG): @bad.indigo_official

TikTok: @badindigo.official

          

Latar Belakang

1. Dia adalah salah seorang ahli 'Indigo' yang merupakan sebuah kumpulan padu suara di Malaysia, dengan tiga lagi ahli lain iaitu Mohamed Shahrin Mohamed Samsudin atau lebih dikenali sebagai Shah, Shahrul Nizam (Zam) dan Nor Shazman Nor Shahid (Shaz).

2. Indigo pernah menghiasi pentas hiburan Malaysia sejak tahun 1995 dengan lagu-lagu popular yang mereka rakamkan, termasuk Suraya, Andai Kau Pergi, Istimewa, Gadis Misteri, Sehidup Semati (duet bersama Juliana Banos) dan Seperti Yang Ku Jangka (duet bersama KRU).

3. Kumpulan ini turut bersaing dalam musim 7 program realiti Gegar Vaganza (GV7) pada tahun 2020 dengan saingan daripada nama-nama terkenal iaitu Mus (May), Yantzen, Noraniza Idris, Haslinda, Oja, Aju (vokalis kumpulan Success), Ashira Aziz, Rozita Izlyn, Ayu Damit, Linda Nanuwil, Nomad, Cliff Umar dan kumpulan Eva.

4. Bad bernikah dengan isteri pertamanya pada 2007 dan bercerai pada 2010. Dari perkahwinan tersebut, dia dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan yang kini sudah berusia remaja, iaitu Rayyan dan Rania.

5. Dia kemudian berkahwin untuk kali kedua dengan penyanyi Ashira Aziz pada 11 Mac 2021 selepas kedua-duanya sama-sama menyertai Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7). Ashira yang seorang janda pernah hidup bersama suami pertamanya pada 2006 tetapi kemudiannya bercerai pada 2015 dan dari perkahwinan pertamanya itu, Ashira dianugerahkan dengan seorang anak lelaki yang diberi nama Megat Shazril Haziq Hadi.

6. Hanya selepas tiga bulan membina mahligai, Bad menghadapi ujian penyakit diabetes yang memaksa dia menjalani pembedahan memotong semua jari kaki kirinya dan pada masa yang sama, perkahwinannya dengan Ashira berakhir, apabila mereka mengumumkan perceraian pada 23 Jun 2022, tanpa memberi penjelasan lanjut mengenai punca perpisahan tersebut. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan anak.

7. Bad kemudian mendedahkan bahawa dia sedang berkenalan dengan kekasih baru yang dikenali sebagai RDM sejak hujung tahun 2022; kekasihnya, seorang wanita berusia awal 30-an yang menetap dan bekerja di luar negara, menyebabkan mereka menjalani hubungan cinta jarak jauh. Identiti wanita itu bagaimanapun dirahsiakan, walaupun Bad ada memuat naik sebahagian foto wajahnya yang dikatakan ramai mempunyai iras Neelofa.

       

Fakta Bad Indigo

1. Anak kepada pasangan Yeop Abdullah (bapa) dan Sharizan Abdul Ghani (ibu). Bapanya meninggal dunia pada tahun 2013 - sepuluh tahun yang lepas.

2. Bad mempunyai seorang adik angkat, Hafizal Harun, 42, yang telah dijaganya sejak tahun 1999 kerana dia tidak mempunyai adik-beradik lelaki.

3. Bad, selepas menjalani pembedahan memotong semua jari kaki kirinya — akibat diabetes sejak Mac 2021 — menghadapi kecacatan kekal dan memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU), serta bergantung pada alat bantuan untuk berjalan.

4. Dia meninggal dunia pada 26 Oktober 2023 ketika sedang berada di tempat kerjanya, sebuah bengkel di Ampang, Selangor pada pukul 7 malam, berpunca daripada serangan jantung.

5. Ashira mendedahkan bahawa semasa dia masih menjadi isteri kepada Bad, bekas suaminya itu pernah memaklumkan tentang masalah sakit jantung yang dihidapi dan juga menunjukkan ubat-ubatan yang perlu diambil jika dia mengalami serangan jantung yang tidak dijangka.

        

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Kumpulan Indigo

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Ashira Aziz, Bekas Isteri Bad Indigo

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Liza Hanim, Isteri Shah Indigo

       

Foto

bad indigo muda

Bad ketika usia muda

kumpulan indigo 706

bad indigo liza hanim

bad indigo 325

bad indigo meninggal

Anak-anak dan ibu Bad

bad indigo wikipedia

Bapa Bad telah meninggal dunia pada tahun 2013

indigo 319

ashira 834

ashira bad indigo

bad indigo kahwin

Teman wanita Bad, yang digelarkannya 'RDM' dengan identiti yang dirahsiakan

isteri bad indigo

Wajah terkini dua anak Bad. Kredit foto: Instagram Bad Indigo

     

Video

Kredit video: Kisah Bad Indigo | MHI (3 Disember 2021)

       

Sumber:

1. Ashira sah bergelar isteri Bad Indigo

2. Semua jari kaki kiri Bad Indigo sudah tiada [METROTV]

3. Cinta jarak jauh, yang penting kami saling setia – Bad Indigo

4. Arwah pernah cakap dia ada masalah jantung – Ashira Aziz

5. Bad Indigo jaga adik angkat seperti adik kandung

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)