Oleh pada 13 Nov 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Penyanyi Aliff Aziz diiktiraf di kedudukan teratas pada konsert Gegar Vaganza 10 (GV10) malam tadi semasa pentas minggu kelapan yang disiarkan Astro Ria.

Dengan dendangan lagu Cik Mek Molek nyanyian asal Dato M. Daud Kilau, vokal Aliff menangkap perhatian juri seterusnya melayakkannya menerima markah 78.00%.

         

gegar vaganza 26932

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Menaikkan lagi saingan acara, ialah penyanyi Siti Nordiana, Tomok (New Boyz), Naqiu (Boboy), Jaclyn Victor, Azharina Azhar, Hady Mirza (Singapura), Liza Hanim, Noryn Aziz dan Nikki Palikat.

Kesemua peserta berjaya melepasi episod tanpa sebarang penyingkiran yang diumumkan oleh pihak produksi.

Tugas penting menilai para peserta dipegang oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap.

Perolehan markah mereka adalah seperti berikut :-

        

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza Musim 10 (2023) Minggu Kelapan

1. Aliff Aziz (Cik Mek Molek) - 78.00%

2. Naqiu (Kuda Hitam) - 77.75%

3. Tomok (Apa Dah Jadi) - 74.75%

4. Hady Mirza (Gila Judi) - 72.00%

5. Jac (Hatinya Tak Tahan) - 67.00%

6. Azharina (Ya Maulai) - 66.00%

7. Siti Nordiana (Baby One More Time) - 62.75%

8. Liza Hanim (Ayam) - 62.50%

9. Noryn Aziz (Kerana Pengalaman) - 57.00%

10. Nikki (Semakin Rindu Semakin Asyik) - 56.50%

       

Keputusan - Tiada penyingkiran

      

Anugerah Bintang Paling Power Meow (Markah Tertinggi Dari Juri) - Aliff Aziz

Bintang Cuckoo Paling Gempak (Undian Peminat) - Tomok

Anugerah Gegaran Generasi Juara (Undian Peminat) - Jaclyn Victor

       

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Bad Indigo

Baca: Biodata Penyanyi Liza Hanim, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Cara Undi Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023 Musim 10 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10), Himpunan Juara!

       

Program turut dihidangkan dengan pengacara pentas utama, Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang mencipta suasana yang menceriakan.

Sejak 24 September 2023, Gegar Vaganza edisi 2023 yang dikenali 'All Stars Gegar Vaganza' dan 'Gegar Vaganza X' telah memulakan siaran pada setiap hari Ahad pukul 9 malam.

Saluran Astro Ria (104) menyiarkan acara dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) secara langsung.

Aplikasi Astro Go, Sooka dan platform On Demand di Astro Box menyediakan akses untuk menonton ia secara dalam talian.

Untuk butiran berkaitan format penjurian, hadiah yang ditawarkan dan maklumat lengkap mengenai rancangan, rujuk artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 10 (2023)

         

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 8

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)