Oleh pada 30 Oct 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Konsert ketujuh All Stars Gegar Vaganza 2023 melanjutkan perjuangan 11 bintang dalam persaingan mereka.

Pada kali ini, dengan tema "Kau Ilhamku", mereka mendapat peluang untuk membawakan lagu-lagu 'masterpiece' yang dihasilkan daripada pelbagai era.

Masih beraksi sebagai peserta dalam pertandingan ialah Siti Nordiana, Naqiu (Boboy), Tomok (New Boyz), Liza Hanim, Jaclyn Victor, Ezad Lazim (Exists), Hady Mirza (Singapura), Azharina Azhar, Nikki Palikat, Noryn Aziz dan Aliff Aziz (Singapura).

Ini merupakan senarai lagu yang akan memeriahkan gelanggang persaingan pada hujung minggu ini.

        

gegar vaganza 69335

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2023 (GV10) Minggu Ketujuh

1. Liza Hanim - Gubahan Rindu Puisi Syahdu (Fauziah Latiff)

2. Hady Mirza - Romancinta (Mojo)

3. Siti Nordiana - Tiada Kepastian (Ziana Zain)

4. Naqiu - Idola (Azlan & The Typewriter)

5. Jaclyn Victor - Menghitung Hari (Salamiah Hassan)

6. Aliff Aziz - Gerhana Cinta Luka (Iklim)

7. Noryn Aziz - Gelombang (Salamiah Hassan)

8. Ezad Lazim - Seksa (Ukays)

9. Nikki Palikat - Selagi Ada Cinta (Ning Baizura)

10. Tomok - Farhana, Puteri Bumi Kenyalang (Jinbara)

11. Azharina Azhar - Sejati (Faizal Tahir)

        

Lagu Pembukaan - Jihan Muse & Nabil Ahmad - Apokalips (M. Nasir)

        

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Bad Indigo

Baca: Biodata Penyanyi Liza Hanim, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Cara Undi Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023 Musim 10 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10), Himpunan Juara!

        

Mengemudi sebagai juri tetap adalah pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS, penyanyi legenda Indonesia Hetty Koes Endang dan pengajar vokal yang berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat sebagai penilai peserta.

Acara diperkasa dengan penampilan dua pengacara pentas utama, iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang menghidupkan suasana rancangan.

Siaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ini boleh disaksikan terus di televisyen melalui saluran Astro Ria (104).

Slot tayangan Konsert GV10, yang juga dikenali sebagai Gegar Vaganza X, boleh diikuti setiap hari Ahad pukul 9 malam bermula 24 September 2023.

Rancangan ini tersedia untuk tontonan secara dalam talian (online) melalui aplikasi Astro Go, Sooka dan platform On Demand di Astro Box.

Untuk rujukan mengenai format penjurian, hadiah yang ditawarkan dan butiran sepenuhnya mengenai GV10, rujuk artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 10 (2023)

         

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 6

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)