Oleh pada 20 Sep 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Pentas nyanyian program realiti popular, Gegar Vaganza (GV) kembali untuk musim ke-10 bagi meraikan ulang tahunnya yang telah sedekad.

Bagi tahun istimewa ini, GV bakal mengegar malam Ahad bermula 24 September 2023 bersama dengan barisan 10 bekas juara yang berentap semula untuk merebut gelaran juara All Stars Gegar Vaganza.

         

gegar vaganza 2023 565

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Konsep

Gegar Vaganza 2023 bakal menentukan siapa yang akan dinobatkan sebagai juara di kalangan juara, dengan mengumpulkan para pemenang dari sembilan musim sebelumnya dan enam peserta yang dipilih oleh peminat. Peserta-peserta dari musim-musim terdahulu yang belum mencapai status 'juara' juga akan berusaha untuk menebus semula kegagalan mereka.

         

gegar vaganza all star

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

Dalam usaha untuk mencari yang terbaik di kalangan yang terbaik, setiap episod akan disajikan dengan elemen kejutan yang menarik.

        

Senarai Peserta

Kesemua 10 juara Gegar Vaganza musim lalu secara automatik tersenarai di kalangan 15 peserta musim ini. Selain itu, enam peserta 'hot seat' yang terdiri daripada pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat dari musim-musim terdahulu juga akan bersaing. Undian untuk calon 'hot seat' oleh peminat bermula pada 29 Ogos 2023 melalui laman web Astro Gempak telah tamat pada 10 September 2023 pada jam 11.59 malam.

        

Peserta GV10:

1. Ayai Illusi

2. Siti Nordiana

3. Azharina Azhar

4. Datuk Aishah

5. Noryn Aziz

6. Naqiu Boboy

7. Hady Mirza

8. Cliff Umar

9. Aliff Aziz

10. Jaclyn Victor

         

Senarai peserta ke-11 hingga ke-16 yang terpilih melalui undian hot seat:

11. Zamani (Slam)

12. Liza Hanim

13. Ezad Lazim (Exists)

14. Tomok (New Boyz)

15. Nikki Palikat

16. Suki Low

          

Senarai Calon Hotseat:

Musim 1: Haleeda, Rahmat Mega, Mamat Exists

Musim 2: Faradhiya. Ezad Lazim

Musim 3: Zarul Umbrella, Ameng Spring

Musim 4: Liza Hanim, Lan Solo, Hazami

Musim 5: Dia Fadila, Zamani Slam, Amelina

Musim 6: Jatt Ali, Nurfatima

Musim 7: Muss. Ayu Damit, Noraniza Idris

Musim 8: Nikki Palikat, Suki Low

Musim 9: Bob Yusof, Shila Amzah, Tomok

         

Juri / Pengkritik

Dato' Ramli MS masih mengetuai barisan juri tetap, sementara penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan pengajar vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat tetap bersamanya dalam edisi ini.

        

Format Penjurian

'All Stars Gegar Vaganza' masih mengekalkan format penjurian asal dengan sistem penilaian sepenuhnya dipegang oleh juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah setiap minggu akan tersingkir pada akhir konsert.

         

peserta gegar vaganza 2023 50

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

          

Hadiah

Juara akan membawa pulang ganjaran wang tunai sebanyak RM200,000 berserta dengan hadiah-hadiah sampingan yang akan diumumkan pada masa akan datang.

          

Penaja

Farm Fresh kembali sebagai penaja utama untuk GV musim ke-10 dengan sokongan jenama Digi (Telco Rasmi), Adabi dan CUCKOO selaku penaja bersama.

        

Pengacara

Gegar Vaganza musim baharu ini akan menggegarkan industri muzik tempatan dengan pembaharuan wajah yang akan mengemudi program terkenal ini. Oleh itu, penganjur akan mengumumkan hos-hosnya pada minggu pertama pertandingan.

     

Kemaskini: GV10 menyaksikan gabungan tiga hos, Nabil Ahmad, Elly Mazlein dan Jihan Muse.

        

gegar vaganza 10 192

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

Waktu Siaran

Konsert mingguan All Stars Gegar Vaganza akan dipentaskan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 12 minggu setiap hari Ahad pada jam 9 malam, bermula 24 September 2023 melalui saluran Astro Ria (104).

Saksikan klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta menerusi liputan 'Kapsul Gegar Vaganza' setiap hari dari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam bermula 18 September 2023.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, rancangan ini juga boleh diakses online melalui platform On Demand dengan menggunakan Astro Box dan aplikasi Astro Go. Selain itu, 'All Stars Gegar Vaganza' turut disiarkan secara live di aplikasi Sooka.

        

Baca: Cara Undi Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Ayai Illusi, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat, Cara Undian Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10) Di Gempak

            

Senarai Juara Gegar Vaganza

GV1 / Musim 1 (2014) - Ayai Illusi

GV2 / Musim 2 (2015) - Siti Nordiana

GV3 / Musim 3 (2016) - Azharina Azhar

GV4 / Musim 4 (2017) - Aishah

GV5 / Musim 5 (2018) - Noryn Aziz

GV6 / Musim 6 (2019) - Naqiu (Boboy) & Hady Mirza

GV7 / Musim 7 (2020) - Cliff Umar

GV8 / Musim 8 (2021) - Aliff Aziz

GV9 / Musim 9 (2022) - Jaclyn Victor

              

Kredit video: [PROMO] ALL STARS GEGAR VAGANZA - BERMULA 24 SEPTEMBER 2023

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)