Oleh pada 06 Nov 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Konsert ketujuh Gegar Vaganza 10 (GV10) menamakan gelaran juara mingguan kepada penyanyi Hady Mirza, dengan penilaian markah juri mencapai 79.25%.

Malam itu, Hady diiktiraf sebagai pemenang selepas mendendangkan lagu "Romancinta" yang asalnya dinyanyikan oleh Mojo.

Sementara itu, hasrat Ezad Lazim untuk meneruskan saingan di pentas terhenti kerana hanya meraih 58.00% markah.

Ezad melantunkan lagu "Seksa" yang rakaman asalnya oleh kumpulan Ukays.

        

gegar vaganza 11581

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

Dalam pertandingan tema "Kau Ilhamku" minggu ini, 9 peserta yang juga masih dalam persaingan ialah Siti Nordiana, Liza Hanim, Naqiu (Boboy), Jaclyn Victor, Tomok (New Boyz), Noryn Aziz, Aliff Aziz (Singapura), Azharina Azhar dan Nikki Palikat.

Mereka berdepan dengan juri tetap yang diberi kepercayaan untuk menghakimi mereka iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.

Ini perolehan markah para peserta:-

      

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 10 (2023) Minggu Ketujuh

1. Hady Mirza (Romancinta) - 79.25%

2. Jaclyn Victor (Menghitung Hari) - 75.75%

3. Liza Hanim (Gubahan Rindu Puisi Syahdu) - 70.25%

4. Naqiu (Idola) - 70.00%

5. Siti Nordiana (Tiada Kepastian) - 67.00%

6. Tomok (Farhana) - 66.25%

7. Azharina Azhar (Sejati) - 65.50%

8. Noryn Aziz (Gelombang) - 60.75%

9. Aliff Aziz (Gerhana Cinta Luka) - 60.00%

10. Nikki Palikat (Selagi Ada Cinta) - 59.75%

11. Ezad Lazim (Seksa) - 58.00%

        

Tersingkir - Ezad Lazim

        

Anugerah Bintang Paling Power Meow (Markah Tertinggi Dari Juri) - Hady Mirza

Bintang Cuckoo Paling Gempak (Undian Peminat) - Naqiu

Anugerah Gegaran Generasi Juara (Undian Peminat) - Siti Nordiana

        

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Bad Indigo

Baca: Biodata Penyanyi Liza Hanim, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Cara Undi Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023 Musim 10 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10), Himpunan Juara!

       

Kehebatan acara ini semakin terasa dengan penampilan dua pengacara pentas utama, iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang memeriahkan atmosfera rancangan.

Tayangan Konsert GV10, juga dikenali sebagai 'All Stars Gegar Vaganza' dan 'Gegar Vaganza X', mengisi slot setiap hari Ahad pada jam 9 malam bermula 24 September 2023.

Siaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ini boleh dinikmati di televisyen melalui saluran Astro Ria (104) dan juga tersedia sebagai kandungan di aplikasi Astro Go, Sooka serta platform On Demand di Astro Box, untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Untuk maklumat berkaitan format penjurian, hadiah yang ditawarkan dan butiran lengkap mengenai rancangan GV10, rujuk artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 10 (2023)

       

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 7

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)