Oleh pada 30 Oct 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Penyanyi Liza Hanim berjaya mengatasi saingan dalam konsert keenam Gegar Vaganza 10 (GV10) dengan pungutan markah tertinggi, iaitu 76.75%.

Liza memenangi pertandingan selepas menghiburkan penonton dengan lagu Rembulan yang dinyanyikan asal oleh Kris Dayanti.

Dalam situasi sebaliknya, penyanyi Zamani perlu akui kenyataan apabila dia disingkirkan daripada persaingan selepas membawakan lagu Kau Pergi Jua dendangan asal oleh Adam Ahmad.

Zamani terpaksa menyerah hasratnya untuk terus berentap di pentas kerana hanya menerima 56.50% markah.

          

gegar vaganza 58248

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Cabaran tema minggu "No Retreat, No Surrender" itu disahut oleh 10 lagi peserta, iaitu Siti Nordiana, Tomok (New Boyz), Ezad Lazim (Exists), Jaclyn Victor, Naqiu (Boboy), Hady Mirza (Singapura), Noryn Aziz, Aliff Aziz (Singapura), Azharina Azhar dan Nikki Palikat.

Juri tetap yang telah menghakimi para bintang pada malam tersebut adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.

Berikut ialah kedudukan peserta mengikut markah mereka.

        

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 10 (2023) Minggu Keenam

1. Liza Hanim (Rembulan) - 76.75%

2. Hady Mirza (Hati) - 76.50%

3. Azharina (Bilang Saja) - 75.25%

4. Jac (Bencinta) - 72.25%

5. Naqiu (Bernafas Dalam Lumpur) - 71.75%

6. Tomok (Episod Cinta) - 70.75%

7. Nikki Palikat (Cinta Dalam Hati) - 69.00%

8. Siti Nordiana (Cinta Tersimpul Rapi) - 67.75%

9. Ezad (Pria Terhebat) - 64.50%

10. Noryn Aziz (Seribu Impian) - 63.00%

11. Aliff Aziz (Arjuna) - 62.00%

12. Zamani (Kau Pergi Jua) - 56.50%

      

Tersingkir - Zamani

       

Anugerah Bintang Paling Power Meow (Markah Tertinggi Dari Juri) - Liza Hanim

Bintang Cuckoo Paling Gempak (Undian Peminat) - Hady Mirza

Anugerah Gegaran Generasi Juara (Undian Peminat) - Naqiu

       

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Bad Indigo

Baca: Biodata Penyanyi Liza Hanim, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Cara Undi Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023 Musim 10 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10), Himpunan Juara!

        

Kehadiran dua pengacara pentas utama, Nabil Ahmad dan Jihan Muse, menambahkan lagi keserian dalam program ini.

Gegar Vaganza edisi 2023 yang menggunakan jenama 'All Stars Gegar Vaganza' dan 'Gegar Vaganza X' ini menyemarakkan malam Ahad penonton bermula pukul 9 malam sejak 24 September 2023.

Siaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ini disampaikan terus ke televisyen melalui saluran Astro Ria (104) dan juga tersedia di aplikasi Astro Go, Sooka dan platform On Demand di Astro Box, untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Untuk maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan butiran lengkap mengenai rancangan GV10, rujuk artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 10 (2023)

        

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 6

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)