Kredit foto: Instagram Gmie Screen , Instagram @gmiescreenfc 

  

Siapa Gmie Screen? Beliau adalah vokalis kumpulan Screen yang pernah mencipta nama ketika dekad 90-an.

  

Komuniti muzik hari ini dikejutkan dengan berita duka pemergian beliau pada kira-kira jam 2.30 pagi (Jumaat) pada usia 50 tahun di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang kerana menderita sakit buah pinggang berlubang.

  

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Medan Sijangkang, Selangor pada lingkungan pukul 10.30 pagi.

  

April lalu, media melaporkan beliau menghidap penyakit buah pinggang bocor.

    

Biodata Gmie Vokalis Screen, Bekas Peserta Gegar Vaganza Musim 3, Penyanyi Lagu Bila Cinta Didusta

Nama sebenar: Hajmi bin Haji Ibrahim

Nama pentas: G-Mie (Screen)

Umur: 50 tahun (2021)

Tarikh lahir: 11 September 1971

Meninggal dunia: 10 Disember 2021

Asal: Klang, Selangor

Keluarga: Berkahwin dan mempunyai lima orang anak

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Kerjaya: Penyanyi, Kerani

Instagram (IG): @gmiescreen

  

Latar Belakang Dan Fakta Menarik

1. Bakat nyanyian Gmie dikesan oleh komposer S. Atan, kira-kira tiga dekad lalu.

2. Berjinak-jinak dalam bidang seni nyanyian menerusi pembabitan dalam kugiran kampung.

3. Pernah menganggotai tiga buah band yang antaranya adalah kumpulan Unique (bersama syarikat rakaman SRC, tahun 1995) sebelum menjadi ahli kumpulan Screen sebagai vokalis pada tahun sama dan akhirnya menempa populariti.

4. Screen turut terdiri daripada tiga ahli lain iaitu Wan atau One sebagai gitaris, Hashim (pemain dram) dan Man atau Jeman (pemain bes) yang mana kesemua mereka adalah berasal dari Klang.

5. Bersama Screen, beliau terbit dengan beberapa buah album studio, antaranya Sha Na Na (1995), Kau Saja Di Hati (1998), Orang Yang Ku Sayang Sayang (1999), Permata Hati(2000), Manja Kekasihku (2001) dan Kembali (2006), juga beberapa album kompilasi.

6. Lagu-lagu hits Screen termasuklah Bila Cinta Didusta, Tak Suka Tak Apa, Kita Ditakdirkan Berpisah, Manja Kekasihku, Dibuai Rindu Semalam, Orang Yang Ku Sayang Sayang dan Bila Kau Kata: Kau Sayang.

7. Kumpulan ini lebih dikenali menerusi lagu-lagu mereka yang popular di corong radio, namun wajah mereka agak asing di pandangan khalayak kerana kurangnya publisiti di kaca televisyen ataupun media cetak.

8. Nama Gmie kembali meledak pada 2016 kerana terpilih menyertai musim ketiga program realiti nyanyian, Gegar Vaganza (GV3) yang seterusnya membawanya ke peringkat akhir di kedudukan tempat keenam.

9. Beliau hampir tersingkir di minggu keenam, namun diberikan imuniti 'Pamoga Qu Puteh' daripada penaja GV3, Dato Seri Vida yang melayakkan penyertaannya ke pusingan separuh akhir.

10. GV3 turut disaingi penyanyi Siti Sarah Raisuddin (naib juara), Ameng Spring, Nora Ariffin, Zarul Umbrella (tempat ketiga), Elly Mazlein, Azharina Azhar (juara), Razis Ismail, Shidi Data, Intan Sarafina, Rem dan Zur Eda.

11. Perkahwinan dengan isterinya, Siti Royani Gumari dikurniakan lima orang anak termasuklah Siti Hadirah (anak sulung) dan Hazim Syahmi (anak ketiga).

12. Beliau mempunyai pekerjaan tetap sebagai kerani logistik di sebuah syarikat perkapalan di Pelabuhan Klang. Beliau sudah lama bekerja di situ iaitu selama lebih kurang 30 tahun, malah majikannya memberikan sokongan kuat terhadap penglibatannya dalam bidang hiburan.

  

Gambar

gmie

gmie screen

screen

gmie kumpulan screen

gmie meninggal

kumpulan screen

gmie gegar vaganza

gmie screen meninggal   

Kredit foto: Instagram Gmie Screen , Instagram @gmiescreenfc , Instagram Dato Seri Dr Hajah Vida , Instagram Zarul Husin

  

Video

Kredit video: Bila Cinta Di Dusta - Screen

     

Sumber:

1. Semangat anak jawa!

2. Gmie Screen kenang jasa S. Atan sebagai orang pertama kesan suara uniknya

3. Populariti Mendadak, Gmie Mula Dikunjungi Saudara-Mara

4. GV 3: Digelar Peserta Underdog, Semangat Gmie Tak Pernah Luntur

5. Anak Yang Mengandung, Saya Yang Mabuk!”- Gmie Screen Bakal Menyambut Cucu Pertama

6. Gmie Screen meninggal dunia

7. Arwah Gmie Screen minta keadaan kesihatannya dirahsiakan, tak benar kawan datang melawat ketika sakit

8. ‘Jaga mama, keluarga’ pesanan Gmie Screen

9. Wikipedia G-Mie (Screen)

10. Wikipedia Screen (kumpulan muzik)

  




Hakcipta iluminasi.com (2017)