Oleh pada 07 Dec 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) tiba ke kemuncaknya menerusi persaingan peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini.

Calon juara yang juga finalis musim ini terdiri daripada penyanyi Noraniza Idris, Mus (May), Linda Nanuwil, Ashira Aziz, Oja, Cliff Umar (vokalis kumpulan Projek Pistol) dan Ayu Damit.

Tugasan kemuncak menyaksikan para peserta bakal menyempurnakan tiga buah persembahan iaitu menerusi lagu solo, duet dan segmen 'battle'.

Berikut adalah lagu-lagu yang menjadi pertaruhan finalis:-

    

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu 9 (Separuh Akhir)

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Akhir Gegar Vaganza 7 (2020)

Baca: Ramalan Peserta Gegar Vaganza Musim 8 (GV8) 2021

Baca: Senarai Persembahan Dan Penyampai Trofi Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020

   

gegar vaganza 2020 121

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu 10 (Akhir)

Lagu Solo

1. Cliff Umar - Nakal (Gigi)

2. Noraniza Idris - Hutang (Floor 88)

3. Muss - Mentari Merah Di Ufuk Timur (Search)

4. Ayu Damit - Bukan Dia Tapi Aku (Judika)

5. Ashira - Wajah Kekasih (Datuk Seri Siti Nurhaliza)

6. Linda Nanuwil - One Moment In Time (Whitney Houston)

7. Oja - Jujur (Radja)

   

Lagu Duet

1. Oja & Siti Nordiana - Disana Cinta Disini Rindu (Tajul Arif & Wany Hasrita)

2. Linda Nanuwil & Hady Mirza - Terlanjur Cinta (Rossa & Pasha Ungu)

3. Ayu Damit & Naqiu Boboy - Memori Tercipta (Shila Amzah)

4. Muss & Azharina Azhar - Mencintaimu (Krisdayanti)

5. Ashira & Ayai Illusi - Beribu Sesalan (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor)

6. Noraniza Idris & Aishah - Empat Dara (S. Radziah & Orkes Gambus Penambang)

7. Cliff Umar & Noryn Aziz - I'd Do Anything for Love (But I Won't Do That) (Meat Loaf)

    

Lagu Segmen Battle

1. Hikayat Ben Ladin (Ben Ladin)

2. Eh (Zizi Kirana)

3. Inilah Nasibku (Nico)

      

Kerusi juri tetap kekal diduduki pengarah muzik, Datuk Ramli MS bersama penyanyi lagenda, Datuk Khatijah Ibrahim (Khadijah Ibrahim), termasuk juri jemputan yang diundang secara mingguan.

Baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 7 (2020) untuk butiran berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan.

GV7 yang ke udara pada setiap Ahad, jam 9 malam, menyaksikan gandingan Nabil Ahmad dan Jihan Muse selaku pengacara, dalam pertandingan yang dibawakan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan di saluran Astro Ria.

     

Kredit video: [LIVE] Konsert Gegar Vaganza 2020 Live + Minggu 9

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)