Oleh pada 07 Dec 2020 kategori

gegar vaganza 2020 569

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Tiada penyingkiran diumumkan di minggu kesembilan Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) sekaligus menyaksikan kesemua tujuh peserta layak ke peringkat akhir minggu hadapan.

Keputusan persaingan separuh akhir itu dibuat oleh barisan juri tetap terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim (Khadijah Ibrahim), bersama Datuk Syafinaz Selamat dan Jay Jay selaku juri undangan.

Dalam pada itu, penyanyi Oja yang mempersembahkan Biso Bonar dipopularkan Datuk Hattan dan Fantasia Musim Cinta (Iwan) meraih markah tertinggi dengan jumlah 69.90%.

Pertandingan realiti yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu turut menampilkan Linda Nanuwil, Cliff Umar, Mus (May), Ashira Aziz, Noraniza Idris dan Ayu Damit.

Markah dan kedudukan para peserta adalah seperti berikut:-

   

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 7 (2020)

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Akhir Gegar Vaganza 7 (2020)

Baca: Ramalan Peserta Gegar Vaganza Musim 8 (GV8) 2021

Baca: Senarai Persembahan Dan Penyampai Trofi Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020

   

gegar vaganza 2020 minggu 9 271

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu Kesembilan (Separuh Akhir)

1. Oja (Biso Bonar & Fantasia Musim Cinta) - 69.90%

2. Muss (Rock You Like a Hurricane & Kasih) - 68.50%

3. Linda Nanuwil (Anak & Teruskanlah) - 68.30%

4. Ashira (Don't Speak & Peluang Kedua) - 65.40%

5. Ayu Damit (Skyfall & Dia) - 65.30%

6. Noraniza Idris (Chaiyya Chaiyya & Bisikan Cinta) - 55.10%

7. Cliff Umar (Hoi Fut Tin Hung & Tercipta Untukku) - 55.00%

    

Anugerah Bintang Paling Power Miow tajaan Adabi (markah tertinggi) - Oja

Anugerah Next Level Digi (undian tertinggi) - Muss

Anugerah CUCKOO Healthy Home (hashtag Twitter terbanyak) - Linda Nanuwil

Segmen Kongsi Rezeki - Penyanyi Pop Yeh Yeh, Rocky Din (menerima RM10,000)

    

Untuk butiran membabitkan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 7 (2020)

GV7 kendalian pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse, bersiaran secara langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria.

   

Kredit video: [LIVE] Konsert Gegar Vaganza 2020 Live + Minggu 9

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)