Oleh pada 26 Oct 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Konsert minggu keempat Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) edisi 2020 bakal diteruskan pada Ahad ini.

Seramai 13 peserta bakal membuat kemunculan dengan persembahan lagu tugasan masing-masing.

Mereka yang akan berentap ialah penyanyi Mus (May), Ayu Damit, Rozita Izlyn, Yantzen, Aju (vokalis Success), Noraniza Idris, Ashira Aziz, Cliff Umar (vokalis Projek Pistol), Linda Nanuwil, Oja, Nomad, kumpulan Indigo dan kumpulan Eva.

Menerusi tema 'Lagu-Lagu Berhantu', para peserta dicabar untuk mempersembahkan lagu-lagu seperti berikut:-

   

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu 4

   

gegar vaganza 2020 minggu 4

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Keempat

1. Ayu Damit - Jahat (Stacy)

2. Linda Nanuwil - Kemarin (Seventeen)

3. Noraniza Idris - Saat Ku Idamkan (Amy Search)

4. Muss - Dan Sebenarnya (Yuna)

5. Cliff Umar - Dialah Di Hati (Dato' Sri Siti Nurhaliza)

6. Aju Success - Pusara Di Lebuhraya (Ekamatra)

7. Ashira - Cinta Beralih Arah (Aishah)

8. Kumpulan Indigo - Hidup Dalam Mati (Syamel)

9. Oja - Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir)

10. Kumpulan Eva - Kini (Feminin)

11. Rozita Izlyn - Ku Seru (Misha Omar)

12. Nomad - Rahasia Perempuan (Ari Lasso)

13. Yantzen - Malam Ini Kita Punya (Bunkface)

   

Pengarah muzik, Datuk Ramli MS dan penyanyi lagenda, Datuk Khatijah Ibrahim (Khadijah Ibrahim) memegang mandat sebagai juri tetap, bersama seorang juri undangan mingguan.

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 7 (2020)

Siaran secara langsung Konsert GV7 yang ditayangkan di Astro Ria, dibawakan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan menampilkan gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse pada setiap Ahad, jam 9 malam.

    

Kredit video: [LIVE] Konsert Gegar Vaganza 2020 Live + Minggu 3

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)