Oleh pada 12 Oct 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) edisi 2020 diteruskan untuk minggu yang kedua pada Ahad ini.

14 peserta terdiri daripada penyanyi berpengalaman tanah air bakal terus menghangatkan pentas persaingan bagi merebut tempat ke minggu seterusnya.

Para penyanyi yang berentap adalah Mus (May), Ayu Damit, Rozita Izlyn, Yantzen, Aju (vokalis kumpulan Success), Noraniza Idris, Haslinda, Ashira Aziz, Cliff Umar (vokalis Projek Pistol), Linda Nanuwil, Oja, Nomad, kumpulan Indigo dan kumpulan Eva.

Bertemakan 'Sama Naik', para peserta dicabar untuk menyanyikan lagu-lagu daripada rakan seperjuangan mereka dalam dunia hiburan.

Tanpa membuang masa, jom semak senarai lagu yang bakal dibawakan mereka.

    

gegar vaganza 2020 minggu 2

Kredit foto: Instagram Ria X

    

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Kedua

1. Yantzen - Duit (Kembara)

2. Noraniza Idris - Akulah Kekasihmu (Francissca Peter)

3. Mus - Cinta Kristal (Rahim Maarof)

4. Cliff Umar - Hanyut (Faizal Tahir)

5. Kumpulan Eva - Cinta Antara Benua (Arni Nazira)

6. Ayu Damit - Ke Hujung Dunia (Siti Sarah)

7. Haslinda - Kerana Terluka (Nurul Wahab)

8. Aju Success - Sambutlah Kasih (Lovehunters)

9. Oja - Sepenuh Hati (Spoon)

10. Ashira - Sempurna (Andra And The Backbone)

11. Nomad - Bila Tiba (Ungu)

12. Linda Nanuwil - Mungkinkah (Sheila Abdull)

13. Kumpulan Indigo - Hadirlah Kasih (KGB)

14. Rozita Izlyn - Hajat (Haida)

    

Pertandingan realiti itu diadili pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS bersama penyanyi lagenda negara, Datuk Khatijah Ibrahim (Khadijah Ibrahim) selaku juri tetap.

Untuk butiran mengenai format pemarkahan, hadiah dan info penuh rancangan, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 7 (2020)

Nabil Ahmad dan Jihan Muse kekal memegang mandat sebagai pengacara dalam konsert GV7 yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria pada setiap Ahad, jam 9 malam, dibawakan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

    

Kredit video: [LIVE] Konsert Gegar Vaganza 2020 Live + Minggu 2

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)