Oleh pada 23 Nov 2020 kategori

gegar vaganza 2020 503 

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) minggu kelapan yang juga peringkat suku akhir bakal memperlihatkan pertembungan antara lapan penyanyi bagi mendapatkan tempat ke pusingan separuh akhir.

Persaingan sengit membabitkan penyanyi Noraniza Idris, Ayu Damit, Cliff Umar (vokalis kumpulan Projek Pistol), Yantzen, Mus (May), Linda Nanuwil, Oja dan Ashira Aziz.

Pertandingan pada Ahad ini bakal mempertaruhkan tema 'GV Throwback' yang mengkehendaki para peserta untuk mempersembahkan lagu-lagu nyanyian asal oleh alumni GV. 

Senarai lagu tugasan peserta adalah seperti di bawah:-

   

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu 7

  

gegar vaganza 2020 minggu 8

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Kelapan

1. Muss - Seragam Hitam (Kristal)

2. Oja - Memori Cinta Luka (Nassier Wahab)

3. Linda Nanuwil - Teringin (Shima)

4. Ayu Damit - Rahsia Pohon Cemara (Exist)

5. Ashira - Nur Kasih (Slam)

6. Yantzen - Segalanya Ku Terima (Illusi)

7. Cliff Umar - Pesanan Buat Kekasih (Spring)

8. Noraniza Idris - Anak Kampung (One Nation Emcees)

      

Kerja penjurian kekal digalas barisan juri berkaliber, terdiri daripada pakar muzik, Datuk Ramli MS dan penyanyi berpengalaman, Datuk Khatijah Ibrahim (Khadijah Ibrahim), bersama dua orang juri undangan mingguan.

Baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 7 (2020) untuk mendapatkan perincian berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan.

Konsert GV7 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), ditayangkan secara langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria, bersama gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

   

Kredit video: [LIVE] Konsert Gegar Vaganza 2020 Live + Minggu 7

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)