Oleh pada 13 Dec 2020 kategori

gegar vaganza 2021

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza Official

   

Ketika program realiti Gegar Vaganza (GV) musim ketujuh semakin melabuhkan tirai, warganet mula menghangatkan perbualan di media sosial membabitkan teka-teki barisan peserta GV yang bakal membuat kemunculan pada musim hadapan.

   

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 7 (2020)

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Akhir Gegar Vaganza 7 (2020)

Baca: Senarai Persembahan Dan Penyampai Trofi Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020

   

gegar vaganza 2020 326

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza Official

   

Beberapa nama penyanyi yang pernah melakar nama dan menempuhi zaman kegemilangan suatu ketika dahulu, kembali menjadi sebutan.

Antara nama-nama yang dicadangkan para peminat, termasuk penyanyi Francisca Peter, Dayangku Intan, Aris Ariwatan, Toki, Alina Hassan, Ruhil Amani, Tam (Spider), Deja Moss dan Nourul Wahab.

Turut sama, Amy Mastura, Man Bai, Juliana Banos, Aman Shah, Renggo (Arrow), Abot, Azie dan Elda Susanti.

Antara lain, penyanyi Illa Sabry, Anis Suraya, Shawn Baharin, Lah Ahmad, Fiq (Mentor), Fairuz (Q-Face), Aweera dan Nikki Palikat.

Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi dan pelawak Saiful Apek ada menzahirkan keinginannya untuk beraksi di pentas GV.

Menjangkakan kemunculan pada edisi GV akan datang, Saiful turut menjemput penyertaan anggota kumpulan lawak Senario yang lain.

Apa-apapun pun sama-sama kita nantikan sama ada impian pelawak lagenda negara itu bakal terlaksana ataupun tidak, termasuk identiti para peserta GV musim kelapan yang terus menjadi tanda tanya.

   

Sumber: Saiful Apek & Senario Calon Bintang GV Akan Datang? - "It's About Time, Semua Pun Bukan Semakin Muda"

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)