Oleh pada 10 Oct 2020 kategori

gegar vaganza 2020 minggu 1

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Konsert Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) edisi 2020 bakal membuka tirai mulai Ahad ini.

Seramai 14 penyanyi berpengalaman yang terdiri daripada 12 penyanyi solo dan dua berkumpulan akan tampil dengan persembahan sulung di konsert pertama.

Senarai peserta yang terlibat ialah Mus (May), Noraniza Idris, Haslinda, Ashira Aziz, Yantzen, Aju (vokalis kumpulan Success), Ayu Damit, Rozita Izlyn, Linda Nanuwil, Oja, Nomad, Cliff Umar (vokalis Projek Pistol), kumpulan Indigo dan kumpulan Eva.

Seperti lazimnya, minggu pertama bakal menyaksikan kesemua penyanyi mengembalikan nostalgia lagu hit yang pernah menaikkan nama mereka suatu ketika dahulu.

Berikut adalah lagu tugasan untuk konsert minggu pertama:

   

gegar vaganza 2020 588

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Pertama

1. Mus - Sendiri & Biru Mata Hitamku

2. Ayu Damit - Hanya Di Mercu

3. Kumpulan Eva - Bulan Cinta

4. Ashira - Di Ombak Resah

5. Yantzen - Tiada Lagi Aku & Insan

6. Linda Nanuwil - Jika Kau Kekasih

7. Rozita Izlyn - Dunia Kita Berbeza

8. Cliff Umar - Wanita Seluruh Dunia

9. Haslinda - Sehati Dan Sejiwa

10. Indigo - Istimewa

11. Aju Success - Ku Basuh Luka Dengan Air Mata

12. Nomad - Tetap Menantimu

13. Oja - Dasira

14. Noraniza Idris – Dondang Dendang & Dikir Puteri

    

Pengadilan masih menggunakan khidmat sepenuhnya daripada juri tetap yang dibarisi pengarah muzik, Datuk Ramli MS dan penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim (Khadijah Ibrahim).

Untuk butiran mengenai format pemarkahan, hadiah dan info penuh rancangan, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 7 (2020)

Kelolaan pasangan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse, konsert GV7 ke udara secara langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria, dibawakan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

   

Kredit video: [LIVE] Konsert Gegar Vaganza 2020 Live + Minggu 1

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)