Oleh pada 09 Nov 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Perjuangan peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) diteruskan untuk minggu yang keenam.

Konsert pada Ahad ini bakal mempertaruhkan seramai 10 peserta yang masih kekal.

Mereka ialah Mus (May), Linda Nanuwil, Ayu Damit, Cliff Umar (vokalis Projek Pistol), Ashira Aziz, Oja, Yantzen, Aju (vokalis kumpulan Success), Noraniza Idris dan Rozita Izlyn.

Tema yang digunakan iaitu 'Double Special' menyaksikan para peserta mempersembahkan lagu-lagu duet bersama penyanyi undangan masing-masing.

Berikut adalah deretan lagu yang bakal berkumandang sebagai pertaruhan mereka:-

   

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu 5

   

gegar vaganza 2020 minggu 6

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Keenam

1. Linda Nanuwil & Khai Bahar - Bertakhta Di Hati (Farahdhiya)

2. Ayu Damit & Hazama - Dua Insan Bercinta (Ella & Amy Search)

3. Cliff Umar & Mimi Fly - Smooth (Santana feat Rob Thomas)

4. Noraniza Idris & Amelina - Bolehlah Boleh (Mas Idayu)

5. Muss & Siti Sarah - Bercanda Di Pasiran Pantai (Sudirman Arshad & Anita Sarawak)

6. Ashira & Mark Adam - Dengarkanlah (Amy Mastura & Glenn Fredly)

7. Aju Success & Ali XPDC - Gering (Terra Rossa)

8. Rozita Izlyn & Ezad Lazim - Mengapa Sukar Melafazkan Maaf (Rozita Izlyn & Aju Success)

9. Oja & Black - Sembilu (Ella)

10. Yantzen & Marsha Milan - Di Sebalik Rahsia Cinta (Metropolitan)

   

Juri tetap dibarisi pengarah muzik, Datuk Ramli MS dan penyanyi lagenda, Datuk Khatijah Ibrahim (Khadijah Ibrahim) yang mana mereka turut dibantu seorang juri undangan mingguan.

Anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 7 (2020) untuk butiran membabitkan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan.

GV7 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ke udara setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria, secara langsung bersama gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

    

Kredit video: [LIVE] Konsert Gegar Vaganza 2020 Live + Minggu 6

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)