Oleh pada 02 Nov 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) diteruskan untuk konsert minggu kelima pada Ahad ini.

Tinggal 11 peserta meneruskan cabaran beraksi di pentas persaingan menerusi lagu-lagu tugasan yang diberikan.

Para peserta yang masih kekal adalah Muss, Noraniza Idris, Ashira Aziz, Oja, Nomad, Yantzen, Aju (vokalis kumpulan Success), Cliff Umar (vokalis Projek Pistol), Linda Nanuwil, Ayu Damit dan Rozita Izlyn.

Menggunakan tema 'Tau Tau Sampai', kali ini para penyanyi ditugaskan untuk mendendangkan lagu-lagu bernada tinggi yang kebiasaannya didendangkan ketika berkaraoke.

Berikut lagu-lagu yang menjadi pertaruhan mereka.

   

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu 4

   

gegar vaganza 2020 minggu 5 234

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Keempat

1. Muss - Takdir Penentu Segalanya (Jamal Abdillah)

2. Noraniza Idris - Nakal Nakal Nakal (Ayda Jebat)

3. Yantzen - Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi (Alleycats)

4. Linda Nanuwil - Jangan Kau Mimpi (Siti Sarah)

5. Cliff Umar - Sedang Ingin Bercinta (Dewa 19)

6. Ayu Damit - Awan Yang Terpilu (Ning Baizura)

7. Oja - Ketulusan Hati (Anuar Zain)

8. Ashira - Yang Terindah Hanyalah Sementara (Erra Fazira)

9. Aju Success - Kau Lupa Janji (Jamal Abdillah)

10. Rozita Izlyn - Lelaki Idaman (Melly Goeslaw)

11. Nomad - Kasih Latifah (Spider)

   

Pengarah muzik, Datuk Ramli MS dan penyanyi lagenda, Datuk Khatijah Ibrahim (Khadijah Ibrahim) memegang mandat sebagai juri tetap, di samping seorang juri jemputan yang diundang secara mingguan.

Anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 7 (2020) untuk maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan.

Konsert GV7 yang ke udara secara langsung di saluran Astro Ria, menggunakan khidmat pengacaraan Nabil Ahmad dan Jihan Muse, bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

    

Kredit video: [LIVE] Konsert Gegar Vaganza 2020 Live + Minggu 5

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)