Oleh pada 19 Oct 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Pertandingan realiti, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) edisi 2020 memasuki minggu yang ketiga pada Ahad ini.

Seramai 13 peserta bakal membuat persembahan. Mereka adalah penyanyi Mus (May), Ayu Damit, Rozita Izlyn, Yantzen, Aju (vokalis kumpulan Success), Noraniza Idris, Ashira Aziz, Cliff Umar (vokalis Projek Pistol), Linda Nanuwil, Oja, Nomad, kumpulan Indigo dan kumpulan Eva.

Membawa tema 'Cuba Try Test', para peserta dikehendaki mendendangkan lagu-lagu dengan genre di luar zon selesa mereka.

Berikut disertakan senarai lagu tugasan yang bakal digalas.

     

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu 2

   

gegar vaganza 2020 minggu 3

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Ketiga

1. Noraniza Idris - Akan Ku Tunggu (Candy)

2. Aju - I Love You I Miss You (Ukays)

3. Mus - Syair Laila Majnun (Ramli Sarip)

4. Oja - Satu Peluang (Andi Bernadee)

5. Cliff Umar - Keroncong Untuk Ana (Kembara)

6. Kumpulan Eva - Hang Pi Mana (Khalifah)

7. Ashira - Penasaran (Krisdayanti)

8. Yantzen - Malam Ini Kita Punya (Bunkface)

9. Linda Nanuwil - Akar Dan Bumi (Amuk)

10. Ayu Damit - Senyuman Ragamu (Gerhana Ska Cinta)

11. Indigo - Cinta Abadi (Black Rose)

12. Rozita Izlyn - Di Dadaku Ada Kamu (Amelina)

13. Nomad - Aku Skandal (Hujan)

   

Penjurian dilakukan oleh juri tetap, pengarah muzik, Datuk Ramli MS dan penyanyi lagenda, Datuk Khatijah Ibrahim (Khadijah Ibrahim), bersama seorang juri jemputan mingguan.

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 7 (2020)

Konsert GV7 kendalian pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam, secara langsung di saluran Astro Ria, dibawakan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

   

Kredit video: [LIVE] Konsert Gegar Vaganza 2020 Live + Minggu 3

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)