Oleh pada 16 Nov 2020 kategori

  

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Minggu ketujuh Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) bakal menyaksikan perjuangan sembilan orang penyanyi dalam merebut tempat ke pusingan seterusnya.

Persaingan secara kompetitif bakal dilihat antara Mus (May), Cliff Umar (Projek Pistol), Ashira Aziz, Yantzen, Aju (vokalis kumpulan Success), Noraniza Idris, Ayu Damit, Linda Nanuwil dan Oja.

Bertemakan 'Take Over', para peserta senior diberi tugasan untuk membawakan lagu-lagu daripada penyanyi 'BBNU', manakala bintang muda pula mendapat tugasan sebaliknya, iaitu lagu-lagu daripada penyanyi lagenda negara.

Di bawah merupakan cabaran lagu yang bakal disahut peserta yang masih kekal:-

   

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu 6

   

gegar vaganza 2020 minggu 7

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Ketujuh

1. Noraniza Idris - Canggung (Wany Hasrita)

2. Muss - Sembah (Naim Daniel feat. Man Keedal)

3. Linda - Suci Dalam Debu (Iklim)

4. Cliff Umar - Rozana (Search)

5. Oja - Amalina (Santesh)

6. Aju Success - Hanya Rindu (Andmesh Kamaleng)

7. Yantzen - Bunga (Ara Johari)

8. Ayu Damit - Jejaka Idaman (Raja Ema)

9. Ashira - Sekilas Senyumanmu (Fauziah Latiff)

   

Pengarah muzik, Datuk Ramli MS dan penyanyi lagenda, Datuk Khatijah Ibrahim (Khadijah Ibrahim) memegang tanggungjawab untuk mengadili pertandingan selaku juri tetap.

Tidak ketinggalan, seorang juri akan diundang secara mingguan bagi mengisi kerusi juri ketiga.

Anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 7 (2020) untuk maklumat membabitkan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan.

Siaran secara langsung konsert GV7 yang dibawakan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), ke udara setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria, dikendalikan oleh pasangan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

   

Kredit video: [LIVE] Konsert Gegar Vaganza 2020 Live + Minggu 7

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)