Oleh pada 28 Sep 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Big Stage 2020 memilih 'Ultimatum' sebagai tema untuk konsert akhir yang bakal menutup tirai musim ketiga, Ahad ini.

Minggu kemuncak itu bakal menyaksikan persaingan antara lima finalis akhir iaitu Azzam Sham, Usop (Mentor), Qody Rany, Fadh Majid dan Dinie Rashid.

Iluminasi kongsikan senarai lagu cover yang bakal dipertaruhkan mereka dalam usaha merebut trofi juara.

    

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2020 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Ramalan Peserta Big Stage 2021 (Musim 4)

     

big stage 2020 226

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu Akhir Big Stage Musim 3 (2020)

Tema: Ultimatum

    

Fast Beat

  1. Usop - Arjuna (Dewa)
  2. Dinie Rashid - Kau Bunga Cintaku (Anuar Zain)
  3. Azzam Sham - Grenade (Bruno Mars)
  4. Qody Rany - Aladin (Spider)
  5. Fadh Majid - Pantun Budi (Tan Sri SM Salim)

    

Slow Beat

  1. Azzam Sham - Aku Bidadari Syurgamu - (Dato Sri Siti Nurhaliza)
  2. Usop - Peluang Kedua (Nabila Razali)
  3. Qody Rany - Bukan Dia Tapi Aku (Judika)
  4. Fadh Majid - Bila Rasaku Ini Rasamu (Kerispatih)
  5. Dinie Rashid - My Baby You (Marc Anthony) 

    

Barisan juri tetap terdiri daripada Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai, termasuk 'Presiden Netizen', Elly Mazlein.

Tidak ketinggalan, seorang juri jemputan mingguan turut diundang.

Untuk format pemarkahan, hadiah, info penuh rancangan dan tenaga pengajar, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 3 (2020)

Konsert Big Stage 2020 dibawakan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan menampilkan gandingan Alif Satar dan Sherry Alhadad, disiarkan setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Untuk rekod, penyanyi Sarah Suhairi merupakan pemenang Big Stage musim pertama (2018), diikuti Han Byul sebagai juara musim kedua (2019).

    

   

Kredit video: Konsert Big Stage 2020 Live + - Minggu 7

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)