Oleh pada 21 Sep 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

     

Konsert Big Stage musim ketiga (2020) minggu keenam berlangsung dengan meriah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Minggu suku akhir bertemakan 'Rotasi 36T' yang menampilkan persaingan lapan penyanyi 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) itu menjadi malam buat Fadh Majid yang mendendangkan lagu Seperti Mati Lampu nyanyian asal Elmo Genk dan Conrad Good Vibration dengan pungutan markah sebanyak 77.70%.

Nasib bagaimanapun tidak berpihak kepada Nana Sheme dan Hafiz Zainal apabila kedua-dua mereka menjadi mangsa segmen penyingkiran selepas undian diraih adalah yang terendah dalam kalangan peserta 'bottom three' penilaian juri.

Keputusan markah ditetapkan juri tetap Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai, termasuk Mas Idayu selaku juri undangan mingguan dan Elly Mazlein sebagai Presiden Netizen.

'Presiden Netizen' antara lain dibarisi Neelofa, Caprice dan Michael Ang yang menduduki kerusi juri konsert mingguan secara bergilir-gilir.

Berikut carta kedudukan dan markah yang diperoleh setiap peserta:-

    

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Ketujuh Big Stage 2020 (Minggu 7) Separuh Akhir

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2020 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

   

big stage 2020 867

Kredit foto: Astro Gempak

    

Keputusan Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Big Stage 2020 Minggu 6

1. Fadh Majid (Seperti Mati Lampu) - 77.70%

2. Qody Rany (Teman Pengganti) - 76.30%

3. Usop (One Call Away) - 74.80%

4. Azzam Sham (Numb) - 74.00%

5. Farisha Iris (How You Like That) - 71.70%

6. Hafiz Zainal (Rampas) - 68.70%

7. Nana Sheme (Budak Ngam) - 66.20%

8. Dinie Rashid (Umpan Jinak Di Air Tenang) - 64.90%

       

Keputusan Undian Online Konsert Keenam Big Stage 2020 (Minggu 6)

1. Usop - 23.76%

2. Azzam Sham - 14.78%

3. Qody Rany - 14.62%

4. Dinie Rashid - 13.35%

5. Farisha Iris - 9.74%

6. Hafiz Zainal - 8.22%

7. Nana Sheme - 8.13%

8. Fadh Majid - 7.40%

    

Anugerah 'BBNU Of The Week' kekal menjadi milik Azzam Sham selepas mendapat undian tertinggi daripada peminat menerusi dalam talian.

Enam peserta mara ke konsert ketujuh yang juga peringkat separuh akhir. Mereka ialah Usop (Mentor), Qody Rany, Azzam Sham, Fadh Majid, Dinie Rashid dan Farisha Iris.

Maklumat lanjut mengenai format pemarkahan, hadiah, info penuh rancangan dan tenaga pengajar, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 3 (2020)

Konsert Big Stage 2020 memeriahkan malam Ahad bersama gandingan pengacara Alif Satar dan Sherry Alhadad dalam siaran secara langsung di saluran Astro Ria, jam 9 malam.

    

Kredit video: Big Stage 2020 Live + - Minggu 6

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)