Oleh pada 04 Oct 2020 kategori

final big stage 2020

Kredit foto: Instagram Azzam Sham

     

Seramai lima penyanyi 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) berjuang untuk merebut trofi juara dalam konsert akhir Big Stage musim ketiga (2020) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam ini.

Finalis yang terpilih untuk berentap ialah Azzam Sham, Usop (Mentor), Fadh Majid, Qody Rany dan Dinie Rashid.

Sementara itu, tujuh lagi peserta yang terlebih dahulu disingkirkan dalam tujuh siaran konsert mingguan sebelumnya adalah Farisha Iris, Sandra Dianne (meninggal dunia), Yamani Abdillah, Hafiz Zainal, Nana Sheme, Amir Hasan dan Hanie Soraya.

Pertandingan realiti nyanyian itu diadili oleh Ajai, Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah selaku juri tetap, bersama Elly Mazlein sebagai presiden netizen, termasuk seorang juri undangan mingguan.

Keputusan markah konsert akhir musim ketiga ini masih mengekalkan format penjurian 70 peratus daripada penilaian juri profesional, dan 30 peratus lagi ditentukan oleh penonton di rumah, menerusi undian yang dibuka secara dalam talian.

Menggunakan tema 'Ultimatum', berikut adalah kedudukan markah diraih setiap finalis akhir, termasuk undian online yang turut mempengaruhi keputusan keseluruhan.

   

Baca: Ramalan Peserta Big Stage 2021 (Musim 4)

   

big stage 2020 526

Kredit foto: Instagram Qody Rany

   

Keputusan Pemenang Konsert Akhir Big Stage 2020 (Musim 3)

Juara - Azzam Sham

Naib juara - Usop

Tempat ketiga - Qody Rany

Tempat keempat - Dinie Rashid

Tempat kelima - Fadh Majid

   

BBNU Of The Week (Separuh Akhir) - Dinie Rashid

    

juara big stage 2020

    

Keputusan Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Akhir Big Stage 2020

1. Azzam Sham (Aku Bidadari Syurgamu & Grenade) - 67.85%

2. Usop (Peluang Kedua & Arjuna) - 66.57%

3. Qody Rany (Bukan Dia Tapi Aku & Aladin) - 61.85%

4. Dinie Rashid (My Baby You & Kau Bunga Cintaku) - 60.04%

5. Fadh Majid (Bila Rasaku Ini Rasamu & Pantun Budi) - 58.80%

     

Untuk maklumat mengenai format pemarkahan, hadiah, info penuh rancangan dan tenaga pengajar, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 3 (2020)

Konsert Big Stage 2020 ke udara setiap Ahad, secara langsung pada jam 9 malam di saluran Astro Ria, bersama gandingan pengacara Alif Satar dan Sherry Alhadad.

        

Kredit video: Konsert Big Stage 2020 Live + - Minggu Akhir

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)