Oleh pada 31 Aug 2020 kategori

    

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Memasuki minggu keempat, penyanyi 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) yang masih kekal di Big Stage musim ketiga (2020) bakal melaksanakan lagu tugasan baharu.

Membawa tema 'Baby Bash', siaran konsert yang dibawakan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu bakal menyaksikan pertarungan sengit antara 10 peserta iaitu Azzam Sham, Yamani Abdillah, Sandra Dianne, Usop (Mentor), Qody Rany, Fadh Majid, Dinie Rashid, Nana Sheme, Hafiz Zainal dan Farisha Iris.

Berikut lagu cover yang bakal dipertaruhkan mereka pada konsert hujung minggu ini.

    

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2020 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

   

big stage 2020 90

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 4 Big Stage Musim 3 (2020)

Tema: Baby Bash

  1. Azzam Sham (1997) - Mengintai Dari Tirai Kamar (Exists)
  2. Qody Rany (1994) - Ukiran Jiwa (Dato' Awie)
  3. Usop (1997) - Bukan Ku Tak Sudi (Iklim)
  4. Farisha Iris (1999) - Kau Kekasihku (Dato' Sri Siti Nurhaliza)
  5. Yamani Abdillah (2001) - Mimpi Laila (Yasin Sulaiman)
  6. Hafiz Zainal (1992) - Laguku Untukmu (Hasnol)
  7. Dinie Rashid (1992) - Gubahan Rindu Puisi Syahdu (Fauziah Latiff)
  8. Nana Sheme (1995) - Don't Speak (No Doubt)
  9. Fadh Majid (1993) - Mentera Semerah Padi (Dato' M. Nasir)
  10. Sandra Dianne (1994) - Nuri (Ella)

     

Kuasa pemarkahan terletak di tangan tiga orang juri tetap iaitu Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai yang juga disertai Neelofa, Caprice dan Michael Ang selaku 'Presiden Netizen'.

Tidak hanya itu, seorang juri jemputan diundang secara mingguan.

Bagi mendapatkan info berkenaan format pemarkahan, hadiah, info penuh rancangan dan tenaga pengajar, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 3 (2020)

Konsert Big Stage 2020 tayangan secara langsung di saluran Astro Ria, ke udara setiap Ahad, jam 9 malam bersama pengacaraan pasangan Alif Satar dan Sherry Alhadad.

    

Kredit video: Konsert Big Stage 2020 Live + - Minggu 4

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)