Oleh pada 17 Aug 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

     

Big Stage 2020 bakal diteruskan untuk persaingan minggu kedua, Ahad ini.

Kesemua 12 peserta program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian itu akan mempersembahkan lagu tugasan masing-masing bagi merebut tempat ke konsert seterusnya.

Para peserta musim ketiga terdiri daripada Amir Hasan, Azzam Sham, Yamani Abdillah, Usop (Mentor), Sandra Dianne, Qody Rany, Fadh Majid, Hanie Soraya, Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Nana Sheme dan Farisha Iris.

Iluminasi kongsikan senarai lagu yang bakal dipertaruhkan mereka menerusi tema Hype Beat.

    

Baca: Keputusan Kedudukan Markah Peserta Konsert Kedua Big Stage 2020 (Minggu 2)

Baca: Keputusan Undian Online Peserta Konsert Kedua Big Stage 2020 (Minggu 2)

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2020 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

    

big stage 2020 571

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Big Stage Musim 3 (2020)

Tema: Hype Beat

  1. Usop - Hati (Hael Husaini)
  2. Azzam Sham - Sinar (Megat Rahim)
  3. Dinie Rashid - Batu Dan Golek (Faizal Tahir)
  4. Yamani Abdillah - Paku (Ara Johari)
  5. Farisha Iris - Pura-Pura Bujang (Baby Shima)
  6. Fadh Majid - Alalala Sayang (Azarra Band)
  7. Amir Hasan - Donde (Andi Bernadee)
  8. Qody Rany - Cindai (Datuk Seri Siti Niurhaliza)
  9. Hafiz Zainal - Katakan Tidak (Afgan)
  10. Hanie Soraya - Ku Bahagia (Melly Goeslaw)
  11. Nana Sheme - Mata (Ayda Jebat)
  12. Sandra Dianne - Kau Atau Aku (Elyana)

     

Barisan juri profesional terdiri daripada tiga juri tetap iaitu Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai, termasuk seorang juri jemputan dan seorang lagi presiden netizen.

Presiden netizen dibarisi Neelofa, Caprice dan Michael Ang, bersama 'presiden netizen keempat' yang bakal ditentukan peminat menerusi hashtag #PNBigStage2020 di media sosial mulai 4 hingga 22 Ogos 2020.

Untuk butiran lanjut mengenai format pemarkahan, hadiah, info rancangan dan tenaga pengajar, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 3 (2020)

Konsert Big Stage 2020 yang diacarakan Alif Satar dan Sherry Alhadad menemui penonton secara langsung di saluran Astro Ria pada setiap Ahad, jam 9 malam, dibawakan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

       

Kredit video: LIVE Konsert Big Stage 2020 Minggu 1

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)