Oleh pada 28 Sep 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Enam penyanyi 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) mempertaruhkan nasib dalam konsert minggu ketujuh Big Stage musim ketiga (2020) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Bagaimanapun, Farisha Iris yang mempersembahkan lagu Semalam dendangan asal Aina Abdul dan Ratusan Purnama (Melly Goeslaw & Marthino Lio) duet bersama Syamel menjadi mangsa segmen penyingkiran peringkat separuh akhir itu selepas meraih undian terendah dalam kalangan peserta 'bottom three' berdasarkan markah juri.

Farisha diberikan jumlah markah 68.50% oleh barisan juri tetap yang terdiri daripada penyanyi Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan komposer Ajai, selain Syafinaz Selamat selaku juri jemputan dan Elly Mazlein sebagai Presiden Netizen.

Sementara itu, minggu bertemakan 'Duominasi Platinum' dan 'Veto Juri' itu dijuarai Azzam Sham yang menduduki tangga teratas dengan markah 81.90% menerusi persembahan Tak Mungkin Bersama dipopularkan Judika dan Gundah (Ernie Zakri) duet bersama Bob Yusof.

Berikut adalah carta kedudukan dan markah penuh setiap peserta:-

       

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Big Stage 2020 (Minggu 8)

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2020 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

    

big stage 2020 232

Kredit foto: Astro Gempak

    

Keputusan Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Big Stage 2020 Minggu 7

1. Azzam Sham (Tak Mungkin Bersama & Gundah) - 81.90%

2. Usop (Lelaki Ini & Kembali Merindu) - 75.60%

3. Fadh Majid (Someone You Loved & Percayalah) - 73.10%

4. Qody Rany (Rude & Satu) - 71.70%

5. Farisha Iris (Semalam & Ratusan Purnama) - 68.50%

6. Dinie Rashid (Adventure Of A Lifetime & Sumpah) - 66.10%

    

Keputusan Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Big Stage 2020 Separuh Akhir (Minggu 7)

1. Usop - 27.15%

2. Qody Rany - 18.76%

3. Azzam Sham - 15.98%

4. Dinie Rashid - 14.41%

5. Farisha Iris - 12.32%

6. Fadh Majid - 11.37%

    

'BBNU Of The Week' dianugerahkan kepada Usop yang meraih undian tertinggi dalam talian.

Konsert akhir minggu hadapan menyaksikan persaingan antara lima finalis yang bakal berentap iaitu Usop (Mentor), Qody Rany, Azzam Sham, Fadh Majid dan Dinie Rashid.

Untuk butiran lanjut membabitkan format pemarkahan, hadiah, info penuh rancangan dan tenaga pengajar, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 3 (2020)

Konsert Big Stage 2020 yang berlangsung pada setiap Ahad, menampilkan pengacaraan Alif Satar dan Sherry Alhadad dalam siaran secara langsung, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

    

Kredit video: Konsert Big Stage 2020 Live + - Minggu 7

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)