Oleh pada 24 Aug 2020 kategori

  

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

     

Kehangatan rancangan realiti nyanyian yang menampilkan penyanyi 'BBNU' (Budak Baru Nak Up), Big Stage musim ketiga edisi 2020 diteruskan untuk minggu yang ketiga menerusi lagu-lagu tugasan bertemakan 'Duominasi'.

Pertandingan mingguan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu menampilkan 11 peserta yang masih kekal iaitu Azzam Sham, Yamani Abdillah, Sandra Dianne, Usop (Mentor), Qody Rany, Fadh Majid, Dinie Rashid, Nana Sheme, Hafiz Zainal, Amir Hasan dan Farisha Iris.

Iluminasi kongsikan senarai lagu cover para peserta minggu ini.

     

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2020 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Keputusan Kedudukan Markah Peserta Konsert Ketiga Big Stage 2020 (Minggu 3)

   

118052051 2242547472536385 7740427871264966021 n

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Big Stage Musim 3 (2020)

Tema: Duominasi  

  1. Azzam Sham X Khai Bahar - Canggung (Wany Hasrita)
  2. Usop X Ara Johari - Senja Nan Merah (Dato Awie feat. Ziana Zain)
  3. Qody Rany X Amir Masdi - Salam Untuk Kekasih (Nadia)
  4. Yamani Abdillah X Syafiq Farhain - Isabella (Amy Search, Jamal Abdillah, Saleem & Zamani)
  5. Farisha Iris X Fieya Julia - Cinta (Melly Goeslaw feat. Krisdayanti)
  6. Hafiz Zainal X Muna Shahirah - Dilema 03 (Nora feat. Vince)
  7. Fadh Majid X Kucaimars - Kekasih Bayangan (Cakra Khan)
  8. Nana Sheme X Adzrin - Setia (Faizal Tahir feat. Elizabeth Tan)
  9. Dinie Rashid X Wani Kayrie - Takdir Tercipta (Hafiz feat. Adira)
  10. Amir Hasan X Sarah Suhairi - Bicara Rasa (Sarah Suhairi feat. Ariff Bahran)
  11. Sandra Dianne X Sufi Rashid - Aku Kau Dan Muzik (Akim feat. Stacy)

    

Pengadilan dilaksanakan oleh Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai yang memegang mandat menduduki kerusi juri tetap.

Tidak ketinggalan disertai seorang juri undangan mingguan dan seorang presiden netizen.

Presiden netizen dibarisi Neelofa, Caprice dan Michael Ang. Presiden netizen keempat bakal ditentukan berdasarkan cadangan menerusi penggunaan hashtag #PNBigStage2020 di media sosial mulai 4 hingga 22 Ogos 2020.

Lebih info berkaitan format pemarkahan, hadiah, info rancangan dan tenaga pengajar, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 3 (2020)

Pasangan hos Alif Satar dan Sherry Alhadad mengemudikan Konsert Big Stage 2020 yang ditayangkan setiap Ahad, jam 9 malam siaran secara langsung di saluran Astro Ria.

   

Kredit video: Konsert Big Stage 2020 Minggu 2

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)